nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Monday 21 May 2012

Bosan dalam Hubungan

Kalau kau ada tara nie agak nak bosan tak? hahaha.. dah dapat sambaq trus
okey~

Lepas aku putus dengan Fatin dulu, terus blog aku jadi suram. Dah ada yang tanya aku macam-macam persoalan. Sampai tahap menyoal aku nie Playboy ke. Aduh.. dalam soalan dia hingga menusuk kalbu. Tapi kau akan rasa sampai satu tahap di mana kau akan mula tak tau nak buat apa dengan awex kau.Nak pi tengok wayang smua dah tengok, tambah-tambah bulan puasa dah dekat. Selalunya akan mula ada cerita yang menginsafkan, memang susah la nak tengok kau pergi.

Asalkan keluar dating je, pergi kedai makan. Semua tempat makan atas darat sampailah dalam laut kau dah santap. Atas kubur tak nak try? So? apa kau nak buat?

Serius aku cakap zaman sekarang kau tak payah la kawan lama-lama. Baik kawin awal je la. Nak tau rahsia rumah tangga yang menyebabkan rumah ni tiang dia kukuh?

Benda ni asalkan kau dah sampai umur yang sepatutnya memang kau dah tau. Bila dah kawin kau boleh buat Sex. Jadi hubungan kau akan jadi lebih intim. Keterujaan kau akan bertambah tiap-tiap hari bersama yang halal. Kalau teruja sangat, menda tu la kau akan menghadap tiap-tiap ari.

Lepas tu kau dapat anak, bertambah seri la kehidupan kau. Jadi perkahwinan boleh menghilangkan kebosanan perhubungan dengan kemudahan sex dan zuriat. Jadi buat apa kawan lama-lama kalau nanti bosan kau rasa sakit hati ataupun kau sakitkan hati orang.. Baik kawin cepat-cepat. Tapi pastikan kau dah cukup sedia. Kalau diri sendiri pun tak cukup makan, baik jangan.

Photo Editing Tips:
Gambar yang blur juga boleh menjadi menarik dengan caranya. mungkin kau boleh kasi lebih cahaya kepada gambar untuk kasi effect glow. Setakat ni aku buat gmabar yang blur belum ada yang tegur la..  Tapi kalau kau kasi blur sampai tak nampak muka. dah bukan orang jadinya kan. 


Model : Phena 
Photog : Aku
Lokasi : Syakaroni

Monday 14 May 2012

Jadi Terkenal

Phena LAviondra. nama yang unik.. Dengan nama unik macam gini 
sekali orang ingat, terus ingat. (shot petang tadi.. gagaga)

Betol tak kalau aku buat statement yang smua orang yang baca nie ada akaun facebook? Kau dan aku sama-sama bersosial di alam maya ni.. Boleh juga aku kata kita lebih cenderung bersosial di alam maya berbanding di luar.

Mudah je kan. Dengan hanya 1 klik macam-macam kau boleh dapat. Kau nak popular? Kau nak meniaga? Nak ramai kawan? Semuanya ada dalam ni.

Kalau kau orang bisnes, kau nak terkenal dan nak orang tahu pasal kau. Kau boleh je add orang yang hebat-hebat. Nak lagi hebat kau buat satu fanpage kau sendiri. Dengan facebook ni mungkin kau akan dapat ramai subscribers. mungkin mencapai 1 ribu keatas (aku 50 orang je)

Kau nak lagi terkenal kau buat akaun Twitter. Kau follow la seramai mana yang boleh.. Tekan follow tu sampai lebam jari kau. hahaha. Mungkin orang yang kau follow tu akan follow kau semula. Betol tak? So, update la selalu.

Kalau kau jenis suka berfesyen.. Kononnya kau nie hip la kan?kau buat akaun lookbook.. Upload la gambar kau yang tanpa kepala. Nak tunjuk kau nie ada macam-macam baju. Ataupun, kononnya nak tunjuk apa kau pakai..

Aku ada semua bendalah nie kecuali Lookbook tu.

Kau kena faham, aku ni orang bisnes. Mesti la benda ni semua penting untuk perniagaan aku.

Ohya, untuk post-post aku yang ni dan akan datang.. aku akan kasi korang beberapa tips mungkin tentang photography,editing ataupun Modeling. post macam gini akan aku letak lepas aku berleter.. hahaha..

TIPS Photography
Kau pernah guna RAW file? Aku seorang yang suka shot RAW. Kenapa? Kau perlu tahu yang RAW format file nie mempunya detail yang banyak berbanding JPEG.. Jika gambar kau ada masalah, dengan format RAW nie kau boleh selamatkan gambar tu. Tapi kau perlu tahu, Format RAW nie berat.

Friday 11 May 2012

Gambar kawin Cantik Selamanya


Aku suka kan potrait.. sebab tu aku suka shot gambar model. (di sebab kan aku on9 kat cc.. so ta da gambar kawin.. yang ni je ada kat penddrrive aku ni) huhuhu

Wah, tajuk entry aku kali ni agak panjang.. Okey, orang kalau nak kawin mesti nak ada jurrugambar kawin. Kalau boleh nak yang terbaik.. Gambar tu kau boleh tengok sampai bila-bila.. Tak bosan sikit pun.

Jadi kau mesti la nak jurugambar yang berkebolehan, bukan hanya kau bayar adik beradik ataupun sedara mara kau yang ada DSLR dengan harga Rm400 sekali album.. Lepas tu, berapa tahun emudian kau tengok adik kau kawin. Peh album cantik-cantik. Gambar lawa-lawa. Kawin nie bukan macam kau sambut merdeka setahun sekali beb.

Kau kena tahu, jurugambar nie ada banyak. Bukan semua pandai ambil gambar kawin. Ada yang amik potrait atau fesyen,ada yang pandai landscape,ada yang pandai photojournal, ada yang pandai macro dan macam-macam.

Kadang-kadang kau tengok orang tu ada Camera yang harga beribu-ribu. Rajin travel.. Gambar dia cantik gila. Tapi belum tentu gambar perkahwinan yang dia ambil cantik. Kalau kat Malaysia nie kau akan jumpa orang yang ambil gambar kawin ni dari 2 ketagori. Mana yang kau suka? antara potrait ataupun journalist?

Potrait dan fesyen
Kalau kau tak suka gerak2 ketawa-ketawa.. Gambar mungkin pelik juga simple. Lebih kepada kecantikan. Kamu akan suka yang macam gini. Gambar dia selalu dekat-dekat. Lebih utamakan benda-benda detail macam baju yang kau pakai. Sesi outdoor memang seronok. Kau akan suka album perkahwinan tu kerana kau akan nampak cantik dan bergaya dalam album tu.

Journalist
Orang-orang begini lebih suka gambar moment. Gambar orang sedang menangis. Sedang ketawa. Sedang er.. macam-macam la.. Sedang menahan nafsu pun kira moment la. Jadi hasilnya cuba kau bayangkan. Gambar photographer ni lebih kepada candit. Kebanyakan fotografer kawin Malaysia style macam gini. Aku pun tak tahu apesal.

Aku lebih kepada Potrait dan fesyen dan kadang-kadang Journalist..

Apa yang pasti kedua-duanya mempunyai hasil yang cantik. Aku lebih kepada potret photography. Sebab bagi aku lebih seronok. Lebih-lebih lagi aku nak tengok muka aku. Bukan mukaorang lain. Sebab tu aku lebih ke arah potret.

Tapi kalau photographer tu memang ambil gambar kawin. Selalunya dia akan master kedua-dua gaya. Journal dan potret. Tapi macam aku, smua akan ada satu gaya kegemaran. Dan itu kau perlu lebih teliti untuk memilih..