nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Tuesday 24 September 2013

Kahwin Agama

bila aku bengang aku suka duduk celah org ramai.. aku akan rasa aku di sisihkan sorang2.. ahahaha.. bodo btoi

Pelik kan tajuk aku kali nie? bukan sebab mereng lama tak update.. tapi sebab ada krisis dengan awex aku.. Ops lupa.. awex lama aku dah putus. sekarang aku kawan dengan non muslim.. Seorang penyanyi dari thailand.. Dah siap ajak kawin bagai.. Tapi bila aku suruh dia tukar agama.. Pelbagai alasan dia kasi.. Perh... Soalan paling gampang aku pernah dengar tadi..

"WE marry but still maintain our religion"

errrrr... wat the tuttttt.. hoi... apa nie~  ingat macam kacuk binatang ka.. main kasi diorang rogol tak kira jenis apa pun.. tetiba ja keluar anak kasi gabung nama.. islam + budda = sida? cop3.. tak mungkin la.. islam dari jiwa.. Hal agama dowh.. aku pun tak faham ada juga banyak kes yang aku dengar.. murtad sebab nak kawin..

Mungkin jalan terbaik tinggalkan je la kan..

Sejahil-jahil aku.. tak de la sampai nak murtad bagai.. Gila kau tak bau syurga doh.. Banyak2 la taubat.. buakn tau buat okey.. Dunia akhir zaman katakan.. (ari-ari aku dengar perkataan nie).. Lagi satu, isu nak kasi kawin berlainan agama.. PErh bulih terkeluar janjong aku ikut jubo.. =.=" gila tak betol la sapa yang nak kasi buat bendalah tu.. otak ada tapi.. mungkin urat saraf dia seua dah tercabut..

SAPA RAJIN P PLUG IN BALIK~

Saturday 11 May 2013

Rupa dan duit


asyik letak gambar orang lain je.. nak letak jugak gambar sendiri kan.. ahahaha.. belagak jap jadi orang kaya untuk tittle kali nie..

Baru tadi aku usha satu video dalam youtube.. minah sengal,tak lawa, and yang pasti bukan pilihan aku la.. hahaha.. merungut pasal zaman sekarang lelaki takda duit perempuan tak pandang.. Cinta? cinta boleh kasi kau kenyang ke? Okey here the deal.. Okey3.. aku seorang lelaki yang jenis no money no talk.. tapi dalam bisnes je bukan dalam soal perasaan.. Rupa? aku tak hensem.. mungkin kacak tu ada la jugak.. bhahahaa..

Tak hensem janji ada duit,

Mungkin di kalangan reader blog aku dalam kategori yang aku nak kondem.. sebelum korang naik angin baik tutup browser korang.. hahaha.. bukan apa karang terasa sakit jantung susah pulak kan..

Perempuan yang nak lelaki yang kaya, okey, aku tau sapa tak nak hidup senang masa depan cerahkan.. Tapi, kau nak lelaki yang kaya.. Bagi aku, walaupun aku tak de la kaya kan.. Aku still nak yang at less sepadan dengan diri aku.. Kau memilih, boleh.. tapi kalau kau nak lelaki yang kaya, pasti kan kau tu at less lawa/cantik.. cermin diri sebelum memilih..

Errr... kalau aku kaya, buat apa aku cari bini or awex yang tak lawa.. padahal ramai yang berator tunggu giliran kan. Kenapa nak kutip sesuatu yang tiada apa2.. Aku pernah dapat awex macam gini masa aku kerja dispatcher dulu.. Dia tinggalkan aku untuk seorang mamat kerja Supervisor.. Selepas aku buka studio aku, setelah lama dia tak contact aku.. tetiba ja muncul balik.. okey.. aku nampak niat dia..

Aku lebih selesa naik moto wave aku, di gelar mat rempit jalanan.. dari aku dapat bakal isteri yang jenis gila duit.. bisnes apa pun kau, kaya mana pun kau.. mesti kau akan rasa kejatuhan dan masa di mana kau sesak dengan hal kewangan.. Kelau dia tinggalkan kau masa tu.. apa kau nak buat? so fikir2 kan lah

Thursday 18 April 2013

Cpter 1 : Segala bermula



Disebabkan merasankan dirinya tidak di rahmati, Mie mengikut sepupunya Niko ke Jepun.. Dia ingin mempelajari ilmu tempur di sana.. Niko bercadang untuk pertemukan Mie dan gurunya Takie.. Di Jepun Mie menggunakan nama samaran sebagai Seishirou..

Namun hasratnya di tolak bermati-matian oleh Takie..

Niko di arahkan oleh Takie untuk masuk ke rumah, namuh di tinggalnya Seishirou.. Seishirou nekad tidak akan tinggalkan halaman rumah Takie walau apa pun berlaku.. Beberapa kali Seishirou menjerit meminta belas kasihan, namun sedikit pun tidak di hiraukan oleh Takie.. Niko memerhatikan Seishirou di balik jendela merah biliknya.. 

Takie tidak mahu menerimanya hanya kerana dia tidak tunduk hormat ketika mereka bertemu.. Pada golongan samurai seperti Takie.. Mereka memandang kesalahan kecil itu sebagai kesalahan besar.. 

Suasana yang sejuk ditambahkan dengan angin laut membuatkan badan Seishirou menggigil.. Sudah hampir 12 jam dia melutut di hadapan rumah Takie.. Di tambahkan lagi dengan perutnya yang lapar membuatkan badannya bertambah lemah.. 

Matahari yang menghilangkan dirinya bergantikan bulan kina muncul kembali... Seishirou masih tidak di jemput masuk.. Disebabkan tidak mahu terlepas peluangnya menjadi samurai dia tetap bertahan.. Seishirou yang hanya berpakaian singlet biru adidas membuatkannya semakin tidak dapat menahan kesejukan.. Mukanya sudah pucat lesi..

Disebabkan tidak dapat menahan keletihan dan cuaca yang sejuk.. Seishirou rebah.. setelah melafaskan ayat terakhirnya "Takai-san. Mousin wake-gozaimas (Tuan Takai. Maafkan aku ", dia pengsan pengsan di situ.. yang di dengarinya hanyalah suara Niko yang menjerit namanya berulang-ulang kali... 


Sunday 14 April 2013

Aku dan Cinta

Kalau betul-betul cinta.. Kahwini lah dia..

Aku teringat masa aku berkawan dengan arwah.. Masa kami berkawan baik dia kata dia takkan kapel dgn aku walaupun aku lelaki terakhir dalam dunia ni.. hahahaha.. tetiba tahun 2007 aku masuk hospital sebab kena anemia.. Masa tu dia sangat ambil berat pasal aku.. huhuhu.. Sejak tu hubungan kami jadi lebih dari sekadar seorang kawan.. Walaupun dah hampir 3 tahun dia tinggalkan aku.. semua tentang kenangan kami aku masih ingat.. Paling aku ingat dia suka merungut pasal subjek kegemaran aku(bhasa english),susah katanya..

Susah senang aku dia sentiasa ada.. Tak pernah tinggalkan aku walau sedetik pun.. Mungkin aku cinta mati arwah, aku kena teruskan kehidupan, walau bagaimanapun arwah tetap di hati aku.. sinar cinta seterang bintang sirius yang bersinar menambah indahnya malam..

Kau tau apa rasanya org yg kau cinta tinggalkan kau? buat selamanya!!!

Cinta tu indah.. kau yang membutakan dan merosakkan keindahannya.. Aku sering perhatikan hubungan orang lain.. Sayang, cinta and nak bersama.. tapi bila kekasih kau ada masalah kau tinggalkan dia.. tak de pun tanya kenapa.. apa.. sekurang-kurangnya kau beri dia nasihat.. idea.. sekurang-kurangnya sesuatu..

Please la.. kata cinta..

Sunday 10 March 2013

P.I.3 Studio

tekan.. berminat.. and dial.. Tempahan pakage wedding atas rm1000 anda akan dapat kupon photoshot studio at p.i.3 studio.. Kami juga ada perkhidmatan baru yang ingin di twaarkan.. Perkhidmatan DJ.. Also great NEws to model and photographer friend.. kami dah buka sewaan studio.. if berminat.. boleh contact kami.. more? Visit our page..https://www.facebook.com/puncak.impian.9

Syarikat aku dah mula berkembang.. Makin hari makin bz kau dibuatnya.. kau penah rasa tak bz mmacam aku nie? Dato Husni kata.. "aku yang menteri nie pun tak sebz ang" (aku tukaq lorat kedah skit noh.. ahahaha)

So hasilnya mcm nie la.. sory tak dapat updte bnyak aku bz ahahahaha.. apa pun wish me and my friend good luck untuk uji bakat maharaja lawak 7 yea.. nak cuba nasib mana tau dapatkan.. hehehe

Monday 11 February 2013

Hidup Kau dan Balasan


Permulaan semula.. kau yang berminat boleh la datang untuk photoshot di studio Sibling Batch deal dgn aku.. harga perhour.. tepon ja.. 017-4898146..

Kadang-kadang kita tersalah buat pilihan.. Dalam percintaan.. Benda yang paling sukar di fahami.. Kau ataupun aku mungkin pernah mencintai seseorang yang sayangkan orang lain.. Cinta tu tak buta.. Tapi orang yang bercinta itu yang buta.. Sanggup bekorban apa saja untuk membahagiakan orang yang tercinta.. Juga sanggup berbuat apa saja untuk si dia..

Amboi tiba-tiba ja pasal cinta di situ.. hanya nak luahkan perasaan aku yang kecewa nie ja..

Kita nie kadang-kadang suka sangat buat benda bodoh.. sedangkan kita tau akibat yang kita akan hadapi..

Kalau bab mengumpat.. kalau kau buat orang yang kau target tu mesti akan benci kat kau.. Perlu ka kau nak membahan kan dia.. Dia tak kacau kau kau tak payah kacau dia.. 

SENANG

Kalau kau nak mengorat awex orang kau akan kecewa...

Kalau kau mencuri kau akan menyusahkan orang..

Kalau kau pakai seksi mungkin kau akan kena rogol...

Kalau kau minum air ketum.. awal je kuat.. lepas tu letih gila..

So semuanya yang kau buat ada kesan.. Kalau kau rasa semua nie tak da apa-apa boleh layan ja.. Cuba kau fikir benda yang lebih menakutkan..

Kalau kau buat tu semua kau akan masuk neraka.. Kalau kau tak fikirkan akhirat.. kau fikir kalau kau buat kau akan masuk penjara.. kena pukul dengan orang ka.. Apa pun fikir tuhan dulu.. Kenapa? Wei kau kena sayang tuhan .. dia bagi kau macam macam.. dia bagi kau hidup, bernafas, keluarga.. Macam-macam.. lepas tu kau tak nak sayang tuhan? Sikit pun tak terima kasih.. Tak patot..

DAh tak sayang tuhan kau menggatal pulak nak sayang orang yang tuhan buat guna power dia.. Lepas tu bila dah putus dengan Awex kau , mula nak bunuh diri la.. Mogok lapar la.. siksa diri la.. Kenapa macam tak da orang lain dah.. 

Kenapa orang selalu buat benda tak elok.. aku pun tak faham.. sebelum buat kau mahupun aku tak fikir pun.. kesan dia.. elok ke tak benda yang kau buat tu..

Sunday 3 February 2013

Laki dan Masaalah

Banyak penyelesaian walaupun masalah yang sama..
 amat berbeza caranya antara perempuan dan lelaki...


Kaum wanita pasti akan rasa pening kalau teman lelaki korang diamkan diri bila hadapi masaalah.. Kaum wanita mungkin berfikir bahawa lelaki lebih suka mendiamkan diri ketika ada masalah.. Aku nak sangkal pendapat nie.. Kenapa? sebenarnya lelaki nie perlukan seseorang di samping dia di saat dia dalam kesusahan.. Walaupun sekadar menemani dia..

Mana aku tau? AKU LELAKI KOT!!!!!!!

Laki da perempuan nie beza cara nak selesaikan masalah.. Laki lebih suka diam dan biarkan keadaan tenang dulu.. Kalau la teman lelaki kau diam je.. Aku rasa aku boleh cuba nasihat yang aku nak kasi nie.. Mana tau berguna ke kan..

Mula-mula biar je dulu.. Mungkin dia dah fikir macam mana nak menyelesaikan masalah tu.. Sebab lelaki lebih suka menyelesaikan masalah dengan sendiri..

Kedua.. Kalau berlanjutan, cuba kau bertanyakan masalah dia.. mana tau terbuka pintu hati dia nak cerita kat kau ke.. Tapi bila dah tanya pastikan kau dah sedia nak dengar dan nak beri nasihat kat dia.. Kasi pendapat yang mungkin boleh dia cuba..

Ke tiga.. Kaum lelaki , mereka lebih gemar mendiamkan diri dan berfikir.. Kaum perempuan sesetengahnya ,Ada masalah kecil mula hebohkan dan berniat nak share masalah dengan orang sekeliling. Itu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Cuba fahami mereka..

Ke empat.. Jangan anggap laki sengaja mendiamkan diri dan menganggap dia rasa kau tak bererti dalam hidup dia. Kami memang ada cara tersendiri menyelesaikan masalah. Diam mereka bererti mereka sedang berfikir..


Dan yang terahir.. Jadilah insan yang memahami dan cuba jadi pendengar setia apabila diminta untuk mendengar. Tiap orang tak sama cara menghadapi masalah yang mendatang. Tetapi tiap orang mampu hadapi masalah yang datang jika mereka menggunakan akal dalam melakukan tindakan.

Saturday 26 January 2013

ALAM CINTA PLATONIK

Cinta platonik.. mampukah anda menahan perasaan cinta dari hadir.. Persoalan yang tiada penyelesaian


Cinta platonik.. Apa tu? Errrr... Aku pernah sebut.. Tapi haram aku tak ikut pun pantang larang dia.. Bulih makan diri kot.. So kalau kau nak ataupun teringin nak ada cinta platonik nie.. Pikir-pikirkan la.. Sebab kau mungkin akan terlebih sayang a.k.a jatuh cintan kat platonik kau tu..

Biasanya cinta platonik nie melibatkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan.. Hubungan lebih dari sekadar seorang kawan.. Tiada unsur tarikan sexsual, hard feeling dan tak da perasaan cinta.. Ada kasih sayang je..

Aku lebih suka hubunga macam nie.. Lagipun bukan nak kawin lagi kan.. Aku nie muda lagi.. korang ja yang tua dah.. bhahahaha.. Kenapa aku suka? hubungan nie lebih mudah dan flexible dari loving couple.. Lagi pun aku boleh la nak ada girl friend ke boyfriend ke.. Tapi jangan la p gatal kasi tahu kat boy or girl kau yang kau tu ada platonik.. gila cari mampus arh..

Orang yang ada hubungan macam nie sepatutnya tak perlu ada rasa cemburu..terasa hati ke.. kecik hati ke.. Boleh main redah cakap ja.. tak de touching-touching.. tak payah merajuk.. tak payah memujuk..

Perh.. best siot...

Selalunya cinta platonik nie bermula untuk melindung sebarang keakraban di sebalik nama sahabat.. for sure tak de unsur sexsual.. Kebanyakannya tak hiraukan aspek luaran ataupun fizikal semata-mata..

Kadang-kadang cinta platonik nie di gunakan oleh seseorang untuk menyorokkan perasaan dari sesorang dengan mengistiharkan mereka sebagai platonik.. Sayang kadang-kadang mampu mengubah seseorang.. Hinggakan mereka sanggup korbankan diri sendiri..

GIRL ALWAYS SAY
I hate it when you act like I don't mean anything to you..

BOY ALWAYS SAY
I hate it when you act like you don't know you mean everything for me.. 

Thursday 17 January 2013

smarter versus dumber

Hadiah nie sebenarnya aku nak kasi hari nie kat platonik aku tapi dia macam bz je tadi.. hehehe


Kau cuba bayangkan.. Kalau kau p tanya awex kau.. "Boleh tak nak ambil gambar u tak pakai baju".. "Lepas tu i nak upload ke dalam internet and pass kat kawan-kawan" semestinya awex kau takkan setuju.. GILA Ka APA.... Kau jangan tanya benda yang bodo.. nak buat.. buat je.. 

Aku lebih gemar bertanya "Jom kita keluar tengok wayang" dari aku kata "Awak nak tengok wayang tak?".. Kalau kau nak ajak gadis keluar.. seeloknya kau terus sebut dari bertanya..

Bagi aku, aku rasa perempuan nie sukakan lelaki yang mampu mendominasi , kasi arahan, ada ciri-ciri kepimpinan dan boleh memberi arahan dan berkuasa..

Seorang wanita/gadis akan senang hati bila kau turunkan sikit ego kau tu.. Tapi jangan la sampai tak da ego macam aku nie.. Kompem kau akan kena pijak kepala.. Serius sakit gila.. Tak da respect.. Tambah pula kalau kau dapat gadis yang tak nak mengalah.. Yang selalu maki kau ke.. Hubungan takkan kekal lama sebab sakit hati tak terkata..

Kau boleh mengalah.. Tapi bila kau bermain sesuatu yang menggunakan otak.. cuba pastikan kau menang.. Di situ kau akan menampakkkan kepandaian dan kebijaksanaan kau.. Contohnya kau bermain chess.. Jangan kalah.. tunjuk yang kau tu pandai.. Berbeza dengan kau bermain sesuatu yang menggunakan nasib ataupun skill.. contoh kau bermain dam ular ataupun kau bermain badminton..Kau saja-saja la pusing dadu tu kasi nampak bad luck ke.. kasi kau kena makan dengan ular.. Kau saja pukul bulu tangkis tu jangan kasi kena.. Gadis tu mesti akan kata kau tak pandai main sambil gelak-gelakkan kau.. berbeza dengan permainan uji minda.. kalau kau kalah.. mungkin kau akan di cop bodoh.. hahaha..



Sunday 13 January 2013

Gatai sangat nie




Ada dua perkara yang di sorokkan oleh kita oleh tuhan.. Perkataan yang sering kita gunakan iaitu "Jodoh pertemuan di tangan tuhan" dan "Ajal maut di tangan tuhan".. Kau tak pernah sebut.. "Lapar dahaga di tangan tuhan" betul tak? Mungkin cerita pasal ajal maut akan buatkan kau sedikit ketakutan.. Bila di sebut tentang jodoh! dah macam ulat gonggok aku tengok kan..

Tapi bersediakah kau?


Aku tak nak bincang pasal ajal maut.. Mungkin di post yang akan datang.. Aku nak bincang yang paling kau suka.. Tentang jodoh.. Selalunya bila aku tanya kawan-kawan aku tentang jodoh.. macam mana calon yang akan di pilih.. semuanya berikan jawapan pelbagai.. yang pasti wajah ceria akan aku tengok wujud bak kata org muka bercahaya.. hahaha..


Nasihat aku, sebelum nak kawin tu.. kau kena ada persiapan.. APA???


PErsiapkan diri sendiri.. Tak kira lah dari luar ataupun dalam..takut nanti bila sudah kahwin kau menyesal.. Tak cukup enjoy la sebelum tu.. Banyak dah alasan nie yang aku dengar dari rungutan kawan-kawan aku.. (hampa baca.. hampa paham-pahan sendiri la).. Kecantikan luaran mungkin kurang dititik beratkan..Kecantikan hati, keindahan budi, senang di kesan.. tambah-tambah kalau kau jenis gila penting diri, tak kisah pun org lain terasa. Kau kena buang sikap tu takut suami atau isteri kau akan meluat..


Keluarga.. Kau dah bersedia ke nak pegang tanggung jawab yang gila besar.. KEpada lelaki kena cari nafkah.. Seorang suami yang baik dapat membahagiakan isterinya.. memenuhi kehendak isterinya.. menyayangi isterinya.. mempertahankan maruah dan diri isterinya.. serta mendidik isterinya.. dan menjadi imam untuk isterinya.. Seorang isteri yang baik akan sentiasa teman suaminya..sentiasa jaga suaminya.. sentiasa manjakan suaminya..sentiasa menyempurnakan suaminya.. Sentiasa ada rasa cemburu.. Yang penting.. kedua-duanya perlulah menerima baik dan buruk kekasihnya..


Aku bukanlah pengatur takdir, lagikan pula penentunya.. Aku tulis nie nak nasihat.. walaupun aku tak kawin lagi, tapi aku ada seribu satu tekad, agar kau tak lari dari teduhan sebuah pengharapan..


Percaya lah, penantian bukan sia-sia..


Gelap pun ada cahaya.. 


Yang single sabar nanti ada la tu..


Yang dah berkapel tu jangan terlalu berharap..


Yang dah berkahwin.. be the best okey...

Saturday 12 January 2013

Adil selepas di nilai

PErhatikan dan nilai.. bukan buat anggapan bersahaja..

Orang sering kali mengatakan bahawa dunia nie tak adil.. Betul ke tak adil? Kau putus cinta je kau kata tak adil.. Ape la.. Aku pun penah putus cinta.. Tapi tak pernah pula aku kata dunia ni tak adil.. Bagi aku tu asam garam kehidupan.. Di mana yang datang akan pergi.. yang ada akan hilang.. yang hidup akan mati..

Apa lagi?

Tuhan dah ciptakan dimana ada sesuatu pasti ada lawannya.. agar semuanya seimbang.. Sebagai contoh, Masin lawannya manis.. Hujan lawannya panas.. Lembut lawannya keras.. Aku ada seorang kawan yang aku panngil faz.. Gelaran yang hanya aku seorang berikan.. Aku juga ada rakan yang bernama Kuang.. Kuang nie seorang yang amat keras.. Tomboi la lebih kurang.. Faz pula seorang yang lemah lembut.. Dan hatinya mudah tersentuh..

Beza kan? Tapi kedua-duanya ada kelebihan dan juga kekurangan.. Sikap aku yang suka perhatikan tingkah laku orang membuatkn aku dapat lihat persamaan seseorang dan kelainan seseorang..

Aku dah ada Miss platonik.. walaupun baru beberapa kali keluar.. Tapi banyak aku tau pasal dia.. Setiap kali aku keluar dgn dia.. aku perhatikan tingkah lakunya.. suaranya.. even cara dia jalan, cara dia batuk, bersin, duduk, minum & makan (masa mula jumpa.. awk sedar tak?) and macam-macam lagi aku dah hafal.. secara tak sengaja..

Pemerhatian penting sebab kau nak tgok dan menilai seseorang tu.. baik dan buruknya.. kannnnnn......

Wednesday 9 January 2013

Hanya kau Seorang

Hubungan hingga ke akhir hayat.. insyallah...

Kadang-kadang kita minta sesuatu tu tak dapat.. Dan kadang-kadang apa yang kita tak ingin kan tu kita dapat.. Contohnya kau nak awex model yang gila comei.. Tapi kau tiba-tiba jatuh cinta pada kawan kau sendiri.. lebih kurang la kan.. lagi sakit bila orang yang kau cinta tu dah ada pilihan lain..

Sial La......

Awat benda nie jadi kat aku nie.. Aku susah nak jatuh cinta.. tapi kenapa aku rajin kapel eh? sebab bosan la weh.. Bagi aku cinta ni bukan untuk main-main.. Aku pernah putuskan hubungan mmber aku sendiri.. sebabnya aku tak nak dia teperdaya dengan awex tu.. Habis duit dia kena kikih.. So aku ngorat.. dapat and 1 minggu a aku tinggalkan dia.. BAJET HERO...

Bila kau dah jatuh cita, kau perlu buat keputusan.. sebab kau akan ada pilihan.. Dengan umur aku sekarang.. aku nak sangat kawin.. Sebabnya aku tak nak diri aku terjeremus dalam lebih banyak maksiat.. Kau mungkin akan kata.. muda lagi la bro.. Muda-muda nie la kau perlukan kasih sayang. bukan keja nak berseronok ja..Dunia seronok2 aku dah habis.. Sekarang aku lebih fokes kepada duit.. Dan mencari calon isteri...

Kalau kau ada ciri-ciri yang aku nak.. kau kawan dgn aku dan menjadi serius.. aku akan tunggu perkataan ready.. kemudia tanpa ragu-ragu aku akan propos kau.. Paling gila kalau aku propos kau d public..

Bila kau sayang.. Kau mesti nak jaga dia.. Sanggup buat apa saja.. Tapi nasihat aku.. jangan sampai diri kau tersiksa..

Sedikit isu Perkahwinan dlm islam



So hari tu aku ada la post pasal hantaran.. So ada yang bertanya. salah tak kalau hantaran tu murah dan barang hantaran hanya set sembahyang.. Okey.. Aku bukan ustaz.. Agama aku rasanya tak sampai tahap nak menasihatkan orang.. Tapi nasihat dari org jahat asalkan berguna tetap berguna kan.. 

Nabi kata wanita solehah tu, yang murah mahar kahwinnya.. hantaran tu adat je.. Walaupun berkelulusan tapi murah mahar kahwinnya.. Mungkin kau akan fikir negetif.. mungkin juga positif.. Itu aku tak paksa.. sebab masing-masing ada cara sendiri.. Ada orang tanya aku, lelaki kalau nak kahwin dia akan kata tak cukup duit lagi nak kahwin.. Sebenarnya bagi aku duit bukan masalah.. tapi kau kena fikir kau cukup bertanggung jawab ke nak kahwin.. 

Kalau anak aku nak kahwin nanti (walaupun aku belum berkahwin) aku akan minta laki tu bagi je setakat dia mampu.. Asalkan aku tengok dia boleh jaga anak aku dan cintai anak aku.. Hantaran ni tak wajib, tujuannya adalah untuk sedekah..

Ada lagi..

Ada jugak lelaki akan berkata bahawa kedudukan kewangan dia belum cukup kukuh.. Kan?  Yakin rezeki itu di tangan Allah, yang penting qanaah, memadai apa yang ada.. Dan yang paling penting tolak ansur, susah sikit sabar ja.. 

Friday 4 January 2013

Cinta Kolestrol



Bak kata org cinta tak berlemak tak layan kan.. bila berlemak.. cukup rasa.. kekal selamanya.. hahaha

Dulu member aku mengadu kat aku pasai budak prempuan nie.. dok lawan cakap dia.. kutuk2.. hahaha.. Lepas 5 tahun tak contact.. td dia call aku and say.. "Bro aku dah nak kawin dengan awex voicemail la" tergejut aku.. biar betol, sejak bila korang becinta? bukan kira nampak ja nak begaduh ka? hahaha.. siot la kau Haris.. kawin awal dari aku.. jelez arh bro.. Apa pun thank, aku tak sangka kau always follow aku punya blog.. Nanti pic wedding sempoi punya aku kasi..Tapi serius aku jelez..

SAPA NAK KAWIN DGN AKU?????

Tu la kan, orang kata kadang-kadang orang yang paling kita benci la yang akan jadi orang yang kita sayang.. Dan kadang-kadang orang yang kita sangat sayang akan jadi orang yang sangat kita benci.. Kau pernah dengar pasal ying yang? satu simbul yang cina selalu guna.. Berdasarkan hukum-karma.. Baik di balas baik.. jahat di balas jahat.. kan?

Ying Yang Pulak dah....

DAlam perhubungan yang berjaya hukum karmanya.. yang solf + hard.. yang hard + soft.. so gabungan tu menjadi sesuatu yang stabil.. bila keras dia boleh kau lembutkan.. keras kau dia boleh lembutkan.. di situ kita dapat lihat hubungan yang intim terjalin.. Tapi siapa tahu? Jodoh milik tuhan kan..

Aku harap aku dapat la kawin sebelum aku dijodohkan oleh mak aku.. bhahaha... Nak ada jodoh sendiri kot.. apa pun aku ada la minat sorang gadis tu.. mungkin aku perlu kata dah cinta.. tapi aku takkan dapat dia.. So, apa aku mampu? hanya jadi seorang sahabat yang akan sentiasa ada di sisi.. Harap dia tak macam Ain.. Kerana Bf putus sahabat dgn aku..

Gila sedih kot....

Persoalan hidup Aku

Bila la aku boleh lukis muka korang kan.. meh la sini meh..


Setiap kali aku kapel ataupun minat kat seseorang aku akan fikir beberapa kali.. Aku sekadar suka ataupun aku jatuh cinta. Adakah aku mudah jatuh cinta? wei.. banyak kali dah kot aku tanya kat diri aku sendiri.. Tapi sekali pun aku tak pernah jawab.. 

Bak kata Ramlie Awang Mueshid.. Gone with the wind..

Terapung-apung bagaikan kepulan awan putih di langit bumi. Kadangkala bertukar menjadi mendung dan menumpahkan air hujan ibarat manik-manik jernih yang pernah mengalir dan membasahi pipi..

Sekali lagi ku buat keputusan untuk tinggalkan seorang gadis Penang.. Kenapa? bagi aku seorang yang tak hormat boyfriendnya akan terbawak-bawak hinggalah titik pertengahan alam perkahwinan.. Aku tak nak isteri yang terlalu kawal aku.. Kerja aku photographer.. Biasa la aku keluar dengan model-model. Itupun untuk shoting ja.. Lain-lain tak de la kan.. So aku perlukan seorang yang bergelar gadis yang memahami.. nak ikut aku p mana-mana pun aku tak kisah.. nak menempek time aku shot lagi aku suka.. 

So aku single kembali la jawabnya.. Orang yang pertama putus untuk tahun 2013.. 

Aku suka perempuan yang caring.. Boleh kongsi susah senang aku.. Kalau cemburu kasi tau.. Aku akan jelas kan if benda tu aku tak bersalah.. (Tapi kompem aku tak bersalah.. Aku setia kot).. Aku boleh setia.. tapi jangan buat hal time couple.. 3 kali minta putus,alamatnya tanah perkuburan la.. bukan bunuh la.. Tapi tanah perkuburan cinta.. 

Aku tak suka perempuan gila duit....

Aku anti gila arh jenis nie.. oi sial la jenis ampa nie.. nak duit p bank la.. cari laki buat apa.. ingat loan ka? main jauh-jauh.. shuh shuh..

Apa pun, Aku yakin... suatu hari nanti, seseorang akan muncul kat depan aku dan kasi aku jawapan yang tepat.. Aku akan tunggu dia sampai bila-bila

Tuesday 1 January 2013

Tamat 2012 Mula 2013





Lama jugak aku tak update blog nie. Korang yang selalu baca pun mesti tertanya-tanya kenapa aku tak update kan. Jawapannya ialah aku sibuk dengan bisnes aku. hahaha. senang kan jawapan.

2012 dah pun berlalu, macam aku tengok kat atas tu semua aku shot di penghujung bulan 12. Wajah2 yang kau tak pernah tengok aku shot kan. cantik tak diorang? hahaha. tapi apa pun yang merunsingkan aku pada tahun nie adalah faktor umor.

Umor aku dah 21,

Shit,

Alih-alih dah 21, bak kata org tua-tua zaman menggatal dah habis. Zaman mengundi dah mai. Arh... RAmai dok tanya BILA NAK KAWIN? Bila eh? Ekonomi sekarang sedang ataupun makin kukuh. Nanti la bila dah jumpa yang betul2 sesuai aku kawin ye.

Bila pasal kawin nie apa aku fikir ialah mas kawin..

Sebenarnya mas kawin nie bukan nak membebankan kau ataupun aku. Tapi ia mengajar kau erti bertanggung jawab. Sebagai lelaki kau (aku jugak) akan pegang tanggung jawab yang besar. So sebelum kau pegang tanggungjawab tu. cuba kau dapatkan mas kawin dulu.

Ia membuatkan kau ada komitman, bila kau ada komitmen, benda tu jadi wajib. Nak ke tak nak kau kena buat jugak. kalau tau tak nak buat kau takkan dapat apa kau nak. Tuhan nak kau jadi orang yang berguna.

Bayangkan kalau laki tak kena bagi mas kawin. Senang je dapat perempuan tu. Semestinya lebih senang dia akan tinggalkan perempuan tu.

Masalahnya duit,

Kalau aku nak kawin sekurang-kurangnya aku kena ada 40 ribu dalam bank. Baru aku berani untuk kawin.
Tapi mana aku nak cari dalam masa sekarang nie..

serius...

Gila arh..