nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Thursday 20 September 2012

Bersama Mereka

Yang terbaru aku dan rakan-rakan pergi ke event yang di anjurkan oleh Durianz di Pulau Penang.. Kalau tak salah seramai 7 orang model yang melibatkan diri.. Photog dan Mua aku tak sempat kira.. hahaha.. Semua model nie cute, cantik dan bergaya. Sememangnya semua gadis-gadis.. Kalau lelaki mesti ada perkataan tampan di situ.. hahaha..

Yang menariknya event kali nie.. dan pertama kali aku join event yang tak perlu keluarkan modal tetapi dapat makan percuma. serius aku rasa gila berbaloi manumpang kawan aku datang ke Penang. hahaha.. dengan modelnya yang terbaik dan layanan dari penganjur yang sangat la terbaik.. Membuatkan event nie sangat la rancak dan terbaik jugak.. hehehe.. Aku pun dapat jumpa diorang-diorang yang aku kenal at fb je.. masa event tu baru dapat jumpa..

Lepas event kitorang pekena laksa penang pula.. perh memang terbaik.. korang yang tak penah datang Penang.. and akan datang.. aku syorkan .. Cuba rasa laksa Penang.. sedap hingga menjilat camca.. laksa tak pakai tangan and jari tau.. hahaha.. so aku akhiri penulisan aku kali nie dengan gambar2 model time event tu ye.. selamat mencuci mata.. hehehe







Monday 30 July 2012

Pasal Laki Nak Kawin

Bila dah tiba masanya kita akan naik ke pelamin dah belajar hidup bersama.


Kitorang sebagai laki ni, bila nak kawin, takda benda lain dah yang kitorang fikir selain duit. Banyak yang nak di keluarkan. Untuk hantaran,pelamin,kenduri, peh memang memeningkan kepala aku yang dah sememangnya pening ni. Tambah-tambah jenis aku yang cepat habiskan wang.Penat kumpul berpuluh ribu, dalam masa 1 hari, wat tak tau ja kena habiskan semua duit tu.

Serius hampas betul~

Sapa ada duit, dialah berkuasa? bukan macam tu. Kau nak kawin kau perlu fikir satu lagi benda yang amatlah penting. Mampu ke kau nak jadi ketua kepada keluarga yang akan kau bina nanti? Izaty pesan pada aku, seorang lelaki yang mampu menjadi ketua adalah apabila dia berjaya selesaikan masalah dengan matang. Banyak lagi benda selain duit yang kena fikir, kau ja tak ambil kisah.

Masa kau berkawan, berkapel dan bertunang. Serius aku cakap kau akan rasa perubahan pada kekasih kau. Kau akan rasa dia lain sangat,tak macam yang kau kenal.

Serius aku tak tipu.

Kau kurangkan lah benda-benda negetif macam, yg pemarah, kurangkan lah marah tu. yang nakal, kurangkan nakal.

yang pasti, rajin-rajin la solat, doa banyak-banyak.

Dalam masa yang sama, usaha cari duit. Sbb duit tak turun dari langit. Kalau turun, dunia ni dah tak pakai duit dah, mungkin guna benda lain sebagai bayaran.




Sunday 22 July 2012

Hari no 2



Dah masuk hari yang ke 2 untuk bulan puasa. Bekas teman wanita aku,Izzaty , yang comel dan penyayang tu ajak aku buka puasa bersama-sama. Katanya ayah dia buat jamuan berbuka puasa di G Hotel Penang. Aku pun berfikir juga nak ke sana sebab kat rumah pun dah banyak makanan. Tak nak kecilkan hati kedua pihak. So aku pun makan di rumah dan sedikit lewat bersama Izzaty dan rakan-rakan di sana.

Semestinya kerja aku akan lebih banyak lepas ni. Tambahan pula sekarang aku berkerja dan juga belajar. Perlu bahagikan masa untuk dua benda yang perlu aku anggap FULL TIME. Semestinya masa aku dan Izzaty akan lebih terhad. Tapi aku yakin sebagai kawan dia akan memahami aku. Walaupun pendapat kitorang selalu bercanggah mungkin sebab ideologi kitorang tak sama,aku tetap sukakawan dengan dia. Aku suka bila dia bangkang apa yang aku buat. Mungkin bila begitu, aku dan dia sentiasa ada topik perbualan yang kitorang debatkan.

Cuma aku rasa aku perlu banyak membaca dan mempunyai fakta yang baik bila bercakap dengan Izzaty. Setiap kata-kata Izzaty pasti mempunyai isi yang bernas dan boleh diambil pakai .Tapi aku selalu terdiam kerana aku tak pandai sangat bab fakta memakta ni. Yang aku suka bila aku berdepat sampai dia menangis. dan tika itu la aku akan memujuk dia. izzaty hadir pada mulanya sebagai rakan, bila aku putus dengan kekasih lama aku, dia la yang banyak nasihat kan aku. Walaupun dulu aku yang putuskan hubungan kitorang sebab aku rasa teerlalu merendah diri.. "Caya la sama Lu Izzaty"

Korang kalau nak kapel, jangan biarkan hubungan korang membosankan. Biar bergaduh asalkan ada benda yang boleh jadikan kenangan pada korang.. Benda yang bosan mudah kau lupakan.. serius aku cakap.

Tuesday 17 July 2012

Kegairahan

Aku seorang art artis.. so aku lebih gemar menggunakan otak kanan.. so teorang merapu aku ni.. agak2 la nak terima semua skali kan


Kadang-kadang aku terfikir kenapa bentuk badan menjadi perhatian bila dilihat? Apa istimewanya aku,dadaku yang mantap ini dan tangan ku yang kuat ini? mengapa gadis-gadis diluar sana sering memerhatikan bahagian ini di badanku. haha.. gila siot kau kena tipu. aku ni kurus ja.. mana ada tu semua.. Tapi tak kisah la kan. ok. Kopi (rakan blog) tanya aku. kenapa buah dada dan pinggul jadi panahan pertama mata lelaki?

Aku rasa mungkin sebab ianya tertutup sentiasa. berbeza bila kau tengok minah saleh yang selalu terkojol keluar dan kau tengok yang kawan kau punya. Semestinya kau akan rasa tindak balas keberahian itu meningkat.

Macam mana kalau ada tempat yang kemaluannya hidung? semua orang dalam planet tu tutup hidung.. yang lain di biarkan terbuka.. mungkin bila tengok hidung diorang teransang? serius aku nak p duduk kat planet tu.. hahaha

Berbeza apa bila kau memegang lelaki dan memegang perempuan.. Kalau kaum aku pegang perempuan, peh.. naik meremang satu badan.. naik darah satu badan weh.. Member aku kulit dia lembut macam perempuan, muka pun kalau tengok dari jauh da macam perempuan. tapi bila aku sentuh tak rasa apa-apa pun. TAk rasa pun nak bogelkan dia kat situ.. hahaha

Ciptaaan tuhan sememangnya ajaib.. kau mungkin rasa benda yang aku bincang kan ni lucah.. tapi ianya persoalan yang aku tujukan.. samaada kau boleh terima ataupun tidak bukan masalah aku.. kerana aku cuma nak menyampaikan..

Wednesday 11 July 2012

First Time Kot?

Aku ada terpikir, macam mana kalau aku kasi nama kat anak aku nanti, nama Raja Jepun bin Zul-Hasymi.. Peh, mesti gempak kan? kau rasa boleh tak? kalau kau macam aku, suka ambil gambar. Jom kita letak Jurugambar bin aku/kau. hahaha.

Aku baru je usha2 blog member-member aku. So ada la beberapa soalan yang di Tag.. nak jawab la.. Lagi pun aku lama tak blogging.. sekali sekala kan.

1.Pernah tak anda jalan sorang2,pastu terserempak dengan couple, si gadis 9kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang anda.
Selalu. Kadang-adang siap main mata lagi. seronok. nampak thrill..

2. Pernah tak orang ingat anda bukan yang sepatutnya. (cth; eh, ko ni dah kawin kan? Eh,ko ni kerja spital kan?Eh ko nie anak ular kan?) 
Ada. Masa tu aku kali pertama sampai Ipoh. Aku lupa bawak baju (masa tu pakai baju yg kena cat). aku pun duduk kat tepi jalan. ada la makcik tu kasi aku duit.. Blur je aku time tu.. adoai~

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
Aku pernah pusing ipoh 4 jam sebab lupa jalan nak balik rumah sewa..siot gila.

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
waiter. kebanyakan keja ni bukan sebab suka pun. tapi rasa macam hobi aku pula masa keja dulu

6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat,cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
Aku sepak budak junior masa kat sekolah dulu, tak pasai ja kena sangkut kes buli.. Sampai kena buang asrama lagi.. Gila, lepas tu aku tak pukul orang dah..

7.Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak,apa hobi anda?
Sejak dua menjak ni aku suka tengok gambar Nurul Fakirah ja. Dah jadi benda wajib aku menghadap tiap-tiap masa. dulu-dulu aku suka main bowling dengan tenis. Badan pun sihat kan.

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingati dan selalu membuatkan anda beringat2?
Aku takkan call mak aku kalau aku nak balik kampung. nanti dia akan pesan, bawak moto slow-slow.. karang kemalangaan.. Tapi bila aku bawak slow mesti aku kemalangan.. so bila dengar bawak slow-sloe aku akan bawak laju.. hahaha

Monday 18 June 2012

Mula dari Bawah

Thank kepada rakan-rakan dari Kulim yang menghalau aku ke Ipoh.. Laju je diorang suruh aku blah.. Sekarang baru tau sunyi aku takda.. Sapa nak buat outing..  :P model pun korang cari aku.. padan dengan muka.. gerrrr~

Monday 21 May 2012

Bosan dalam Hubungan

Kalau kau ada tara nie agak nak bosan tak? hahaha.. dah dapat sambaq trus
okey~

Lepas aku putus dengan Fatin dulu, terus blog aku jadi suram. Dah ada yang tanya aku macam-macam persoalan. Sampai tahap menyoal aku nie Playboy ke. Aduh.. dalam soalan dia hingga menusuk kalbu. Tapi kau akan rasa sampai satu tahap di mana kau akan mula tak tau nak buat apa dengan awex kau.Nak pi tengok wayang smua dah tengok, tambah-tambah bulan puasa dah dekat. Selalunya akan mula ada cerita yang menginsafkan, memang susah la nak tengok kau pergi.

Asalkan keluar dating je, pergi kedai makan. Semua tempat makan atas darat sampailah dalam laut kau dah santap. Atas kubur tak nak try? So? apa kau nak buat?

Serius aku cakap zaman sekarang kau tak payah la kawan lama-lama. Baik kawin awal je la. Nak tau rahsia rumah tangga yang menyebabkan rumah ni tiang dia kukuh?

Benda ni asalkan kau dah sampai umur yang sepatutnya memang kau dah tau. Bila dah kawin kau boleh buat Sex. Jadi hubungan kau akan jadi lebih intim. Keterujaan kau akan bertambah tiap-tiap hari bersama yang halal. Kalau teruja sangat, menda tu la kau akan menghadap tiap-tiap ari.

Lepas tu kau dapat anak, bertambah seri la kehidupan kau. Jadi perkahwinan boleh menghilangkan kebosanan perhubungan dengan kemudahan sex dan zuriat. Jadi buat apa kawan lama-lama kalau nanti bosan kau rasa sakit hati ataupun kau sakitkan hati orang.. Baik kawin cepat-cepat. Tapi pastikan kau dah cukup sedia. Kalau diri sendiri pun tak cukup makan, baik jangan.

Photo Editing Tips:
Gambar yang blur juga boleh menjadi menarik dengan caranya. mungkin kau boleh kasi lebih cahaya kepada gambar untuk kasi effect glow. Setakat ni aku buat gmabar yang blur belum ada yang tegur la..  Tapi kalau kau kasi blur sampai tak nampak muka. dah bukan orang jadinya kan. 


Model : Phena 
Photog : Aku
Lokasi : Syakaroni

Monday 14 May 2012

Jadi Terkenal

Phena LAviondra. nama yang unik.. Dengan nama unik macam gini 
sekali orang ingat, terus ingat. (shot petang tadi.. gagaga)

Betol tak kalau aku buat statement yang smua orang yang baca nie ada akaun facebook? Kau dan aku sama-sama bersosial di alam maya ni.. Boleh juga aku kata kita lebih cenderung bersosial di alam maya berbanding di luar.

Mudah je kan. Dengan hanya 1 klik macam-macam kau boleh dapat. Kau nak popular? Kau nak meniaga? Nak ramai kawan? Semuanya ada dalam ni.

Kalau kau orang bisnes, kau nak terkenal dan nak orang tahu pasal kau. Kau boleh je add orang yang hebat-hebat. Nak lagi hebat kau buat satu fanpage kau sendiri. Dengan facebook ni mungkin kau akan dapat ramai subscribers. mungkin mencapai 1 ribu keatas (aku 50 orang je)

Kau nak lagi terkenal kau buat akaun Twitter. Kau follow la seramai mana yang boleh.. Tekan follow tu sampai lebam jari kau. hahaha. Mungkin orang yang kau follow tu akan follow kau semula. Betol tak? So, update la selalu.

Kalau kau jenis suka berfesyen.. Kononnya kau nie hip la kan?kau buat akaun lookbook.. Upload la gambar kau yang tanpa kepala. Nak tunjuk kau nie ada macam-macam baju. Ataupun, kononnya nak tunjuk apa kau pakai..

Aku ada semua bendalah nie kecuali Lookbook tu.

Kau kena faham, aku ni orang bisnes. Mesti la benda ni semua penting untuk perniagaan aku.

Ohya, untuk post-post aku yang ni dan akan datang.. aku akan kasi korang beberapa tips mungkin tentang photography,editing ataupun Modeling. post macam gini akan aku letak lepas aku berleter.. hahaha..

TIPS Photography
Kau pernah guna RAW file? Aku seorang yang suka shot RAW. Kenapa? Kau perlu tahu yang RAW format file nie mempunya detail yang banyak berbanding JPEG.. Jika gambar kau ada masalah, dengan format RAW nie kau boleh selamatkan gambar tu. Tapi kau perlu tahu, Format RAW nie berat.

Friday 11 May 2012

Gambar kawin Cantik Selamanya


Aku suka kan potrait.. sebab tu aku suka shot gambar model. (di sebab kan aku on9 kat cc.. so ta da gambar kawin.. yang ni je ada kat penddrrive aku ni) huhuhu

Wah, tajuk entry aku kali ni agak panjang.. Okey, orang kalau nak kawin mesti nak ada jurrugambar kawin. Kalau boleh nak yang terbaik.. Gambar tu kau boleh tengok sampai bila-bila.. Tak bosan sikit pun.

Jadi kau mesti la nak jurugambar yang berkebolehan, bukan hanya kau bayar adik beradik ataupun sedara mara kau yang ada DSLR dengan harga Rm400 sekali album.. Lepas tu, berapa tahun emudian kau tengok adik kau kawin. Peh album cantik-cantik. Gambar lawa-lawa. Kawin nie bukan macam kau sambut merdeka setahun sekali beb.

Kau kena tahu, jurugambar nie ada banyak. Bukan semua pandai ambil gambar kawin. Ada yang amik potrait atau fesyen,ada yang pandai landscape,ada yang pandai photojournal, ada yang pandai macro dan macam-macam.

Kadang-kadang kau tengok orang tu ada Camera yang harga beribu-ribu. Rajin travel.. Gambar dia cantik gila. Tapi belum tentu gambar perkahwinan yang dia ambil cantik. Kalau kat Malaysia nie kau akan jumpa orang yang ambil gambar kawin ni dari 2 ketagori. Mana yang kau suka? antara potrait ataupun journalist?

Potrait dan fesyen
Kalau kau tak suka gerak2 ketawa-ketawa.. Gambar mungkin pelik juga simple. Lebih kepada kecantikan. Kamu akan suka yang macam gini. Gambar dia selalu dekat-dekat. Lebih utamakan benda-benda detail macam baju yang kau pakai. Sesi outdoor memang seronok. Kau akan suka album perkahwinan tu kerana kau akan nampak cantik dan bergaya dalam album tu.

Journalist
Orang-orang begini lebih suka gambar moment. Gambar orang sedang menangis. Sedang ketawa. Sedang er.. macam-macam la.. Sedang menahan nafsu pun kira moment la. Jadi hasilnya cuba kau bayangkan. Gambar photographer ni lebih kepada candit. Kebanyakan fotografer kawin Malaysia style macam gini. Aku pun tak tahu apesal.

Aku lebih kepada Potrait dan fesyen dan kadang-kadang Journalist..

Apa yang pasti kedua-duanya mempunyai hasil yang cantik. Aku lebih kepada potret photography. Sebab bagi aku lebih seronok. Lebih-lebih lagi aku nak tengok muka aku. Bukan mukaorang lain. Sebab tu aku lebih ke arah potret.

Tapi kalau photographer tu memang ambil gambar kawin. Selalunya dia akan master kedua-dua gaya. Journal dan potret. Tapi macam aku, smua akan ada satu gaya kegemaran. Dan itu kau perlu lebih teliti untuk memilih..


Tuesday 17 April 2012

Senang Ja!!

I am Photographer -photo by- Kenapa Apit

Hari ni aku demam .. Apa pun tak boleh buat.. Tapi tetap gagah berani pergi ke tapak shoting.. Kesian aku tengok crew2 aku shoting, letih agaknya. So, hari ni aku kasi diorang balik 2 jam awal dari biasa. Lepas tu datang seorang Abang nie bertanya.. Senang je keja korang ni kan.. hari-hari main dgn camera je. Tekan ambil gambar.. Sebab aku pun tak sihat, aku pun senyum je la.. 

Aku pernah belajar macam-macam.. dalam dunia kejuruteraan? Dari elektrik, elektronik,binaan bangunan hinggalah melukis plan.. smua tu aku dah belajar.. Bagi aku memang mencabar.. Tapi kalau kau kata kerja fotografi ni mudah, memang aku sangkal. Kami bekerja untuk ambil gambar. kau bayangkan di dunia ita ada macam2 benda keliling.. kami perlu teliti walaupun sedikit kesilapan akan mencacatkan gambar.

Secara keseluruhannya, kau tak boleh kata kerja tu senang, kerja ni senang, cuba kau rasa sendiri. Kalau kau kata meniaga senang? susah juga.. kau dah kena kira untung rugi. Tak da benda senang. kau tak nak kerja? nak tido je? tu pun susah.. karang lapar tak da duit, tido pulak nanti mak kau datang kacau.. Bini apa lagi, berleter panjang la.. hahaha 

Jadi tak de kerja senang sekarang ni.. Semuanya perlukan kepakaran.. tapi yang nak jadi kerja tu teruk pula.. sebab kau yang buat teruk.. org suruh angkat bata.. kau nak angkat sekali 10 bata.. memang la susah~

Nak prromote sikit.. aku baru dapat ilham nak jual air ni.. hehehe..  kalau berminat.. kau boleh je email ke akunescafekausiapa@gmail.com

Sunday 15 April 2012

Angkat tangan Doa

bersyukur ats pemberiannya

Wah.. rasanya lama aku tak update blog ni.. banyak post lama yang aku dah delete.. sebab apa? abang aku la, suruh aku delete sebab bakal kakak ipar aku nak baca blog aku.. faham-faham la kan.. ada ayat-ayat yang korang bawah umo tu tak boleh tahu.. hahaha.. ohya.. aku belajar bahasa pro kedah.. toyu = Kicap.. hehehe..

Kemali ke topik, aku nak tagaskan kepada umat islam. Kau fikir dan renungkan.. Dalam sedalam dalamnya. Kau islam atas dasar apa? adakah kau islam sepertimana di nyatakan oleh baginda nabi.. Kau ikut suruhan tuhan dan tingalkan larangan.. pandai baca Al-Quran.. Ataupun kau islam dalam ic kau je?

Tapi apa yang aku dapat jawapan.. Ada yang kata sebab minat.. okey.. aku pun tanya, minat tentang apa? dia kata minat tengok orang islam pakai kopian mesti nak p solat.. hadoi.. ape la.. ayah aku selalu pakai kopiah dlm rumah.. ingat apa.. bulih main minat-minat pula. ingat macam org isap rokok ka.. smua suka asap.. hadoi~ dugaan dugaan.. di mana kau berada?

Saturday 14 April 2012

Ekstremis?


dimanapun kau berada. kau boleh lihat kebesaran yang maha kuasa

Kali ni aku nak cakap sedikit tentang agama. Kau tahu kan, kita tak bolehla terlalu ekstremis sangat dalam agama nie. maksud aku, kita dituntut untuk seimbangkan antara duniawi dan akhirat. Tapi kenapa ada orang yg beragama islam terlalu ekstremis? Sampai kutuk-kutuk agama lain.

Kenapa perlu ada yg F**k agama lain? Aku baca 1 blog ni. Sampai ada yang F**k Christian, F**k Jesus. Kau tak rasa ke nabi Isa dan Jesus ni adalah orang yang sama? Nabi isa adalah nabi penyelamat akhir zaman. Kenapa orang yang Ekstremis dalam agama ni boleh berkata macam tu?

Bila orang kristian nak buka gereja. Korang tentang habis habisan. Sebab takut anak-anak ataupun adik beradik korang masuk christian. Kenapa di Turki, Gereja yang gila besar (Hargia Sophia) dah wujud sebelum islam datang. Tapi akhirnya menjadi negara islam? Semua kalau mak pak tak didik ataupun kau sebagai saudara seislam tak menegur, tak de kan sampai yang murtad?

Tak boleh ke kita renungkan, kau tak terfikir? kenapa Israel menyerang agama yang mempunyai 1 tuhan? Takkan? Fikir la.

Cuba amalkan sikap bertenang

Sembahyang

Lihat kebesaran tuhan

Jangan mempersalahkan orang lain.

Aku nasihat sebagai orang muslim yang taknak lihat kita yang mengamalkan agama 1 tuhan ni bergaduh. Kau dan agama kau, aku dgn agama aku. Pandai kau jaga diri, jangan terlalu Ekstremis hingga boleh memecah belahkan hubungan yan terjalin.

Saturday 10 March 2012

Antara Dua

So jalan mana kau nak tuju? photo at Sungai petani.. 

Dalam kehidupan kita seringkali akan terdapat dua pilihan.. Aku pun dah rasa macam hampir semua benda yang aku buat akan ada dua pilihan. Kesan pilihan nie adalah berbeza. Contoh aku chat dengan seseorang, dalam masa yang sama aku lapar (nak makan kena masak)..So aku ada 2 piihan

1. Pergi makan - bila abis makan mungkin dia akan off9 dah..

2. chating - Semestinya perut aku akan lapar.

So mana yang aku rasa terbaik? mesti la aku akan terus chat.. perut boleh je tahan.. but.. bila lagi aku nak chat dgn dia kan.. Kadang2 pilihan tidak datang 2 sahaja, malah lebih. Bagaimana kau nak uruskan dan tangani agar kau ambil pilihan yang betul? Kau perlu fikir risiko dan apa yang bakal berlaku.

Tak semua pilihan kau akan tepat. Kita hanya merancang tapi yang menentukan hanyalah tuhan. 

*Lama kan aku tak blogging.. sory to my reader.. ramai yang email aku,tanya kenapa.. sory sebab tak balas.. soalan2 korang akan aku balas.. and thank to someone yg kasi ilham nak tulis kali nie.. thank you very much.. hehe.. thank budak comel~