nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Monday 30 July 2012

Pasal Laki Nak Kawin

Bila dah tiba masanya kita akan naik ke pelamin dah belajar hidup bersama.


Kitorang sebagai laki ni, bila nak kawin, takda benda lain dah yang kitorang fikir selain duit. Banyak yang nak di keluarkan. Untuk hantaran,pelamin,kenduri, peh memang memeningkan kepala aku yang dah sememangnya pening ni. Tambah-tambah jenis aku yang cepat habiskan wang.Penat kumpul berpuluh ribu, dalam masa 1 hari, wat tak tau ja kena habiskan semua duit tu.

Serius hampas betul~

Sapa ada duit, dialah berkuasa? bukan macam tu. Kau nak kawin kau perlu fikir satu lagi benda yang amatlah penting. Mampu ke kau nak jadi ketua kepada keluarga yang akan kau bina nanti? Izaty pesan pada aku, seorang lelaki yang mampu menjadi ketua adalah apabila dia berjaya selesaikan masalah dengan matang. Banyak lagi benda selain duit yang kena fikir, kau ja tak ambil kisah.

Masa kau berkawan, berkapel dan bertunang. Serius aku cakap kau akan rasa perubahan pada kekasih kau. Kau akan rasa dia lain sangat,tak macam yang kau kenal.

Serius aku tak tipu.

Kau kurangkan lah benda-benda negetif macam, yg pemarah, kurangkan lah marah tu. yang nakal, kurangkan nakal.

yang pasti, rajin-rajin la solat, doa banyak-banyak.

Dalam masa yang sama, usaha cari duit. Sbb duit tak turun dari langit. Kalau turun, dunia ni dah tak pakai duit dah, mungkin guna benda lain sebagai bayaran.




Sunday 22 July 2012

Hari no 2



Dah masuk hari yang ke 2 untuk bulan puasa. Bekas teman wanita aku,Izzaty , yang comel dan penyayang tu ajak aku buka puasa bersama-sama. Katanya ayah dia buat jamuan berbuka puasa di G Hotel Penang. Aku pun berfikir juga nak ke sana sebab kat rumah pun dah banyak makanan. Tak nak kecilkan hati kedua pihak. So aku pun makan di rumah dan sedikit lewat bersama Izzaty dan rakan-rakan di sana.

Semestinya kerja aku akan lebih banyak lepas ni. Tambahan pula sekarang aku berkerja dan juga belajar. Perlu bahagikan masa untuk dua benda yang perlu aku anggap FULL TIME. Semestinya masa aku dan Izzaty akan lebih terhad. Tapi aku yakin sebagai kawan dia akan memahami aku. Walaupun pendapat kitorang selalu bercanggah mungkin sebab ideologi kitorang tak sama,aku tetap sukakawan dengan dia. Aku suka bila dia bangkang apa yang aku buat. Mungkin bila begitu, aku dan dia sentiasa ada topik perbualan yang kitorang debatkan.

Cuma aku rasa aku perlu banyak membaca dan mempunyai fakta yang baik bila bercakap dengan Izzaty. Setiap kata-kata Izzaty pasti mempunyai isi yang bernas dan boleh diambil pakai .Tapi aku selalu terdiam kerana aku tak pandai sangat bab fakta memakta ni. Yang aku suka bila aku berdepat sampai dia menangis. dan tika itu la aku akan memujuk dia. izzaty hadir pada mulanya sebagai rakan, bila aku putus dengan kekasih lama aku, dia la yang banyak nasihat kan aku. Walaupun dulu aku yang putuskan hubungan kitorang sebab aku rasa teerlalu merendah diri.. "Caya la sama Lu Izzaty"

Korang kalau nak kapel, jangan biarkan hubungan korang membosankan. Biar bergaduh asalkan ada benda yang boleh jadikan kenangan pada korang.. Benda yang bosan mudah kau lupakan.. serius aku cakap.

Tuesday 17 July 2012

Kegairahan

Aku seorang art artis.. so aku lebih gemar menggunakan otak kanan.. so teorang merapu aku ni.. agak2 la nak terima semua skali kan


Kadang-kadang aku terfikir kenapa bentuk badan menjadi perhatian bila dilihat? Apa istimewanya aku,dadaku yang mantap ini dan tangan ku yang kuat ini? mengapa gadis-gadis diluar sana sering memerhatikan bahagian ini di badanku. haha.. gila siot kau kena tipu. aku ni kurus ja.. mana ada tu semua.. Tapi tak kisah la kan. ok. Kopi (rakan blog) tanya aku. kenapa buah dada dan pinggul jadi panahan pertama mata lelaki?

Aku rasa mungkin sebab ianya tertutup sentiasa. berbeza bila kau tengok minah saleh yang selalu terkojol keluar dan kau tengok yang kawan kau punya. Semestinya kau akan rasa tindak balas keberahian itu meningkat.

Macam mana kalau ada tempat yang kemaluannya hidung? semua orang dalam planet tu tutup hidung.. yang lain di biarkan terbuka.. mungkin bila tengok hidung diorang teransang? serius aku nak p duduk kat planet tu.. hahaha

Berbeza apa bila kau memegang lelaki dan memegang perempuan.. Kalau kaum aku pegang perempuan, peh.. naik meremang satu badan.. naik darah satu badan weh.. Member aku kulit dia lembut macam perempuan, muka pun kalau tengok dari jauh da macam perempuan. tapi bila aku sentuh tak rasa apa-apa pun. TAk rasa pun nak bogelkan dia kat situ.. hahaha

Ciptaaan tuhan sememangnya ajaib.. kau mungkin rasa benda yang aku bincang kan ni lucah.. tapi ianya persoalan yang aku tujukan.. samaada kau boleh terima ataupun tidak bukan masalah aku.. kerana aku cuma nak menyampaikan..

Wednesday 11 July 2012

First Time Kot?

Aku ada terpikir, macam mana kalau aku kasi nama kat anak aku nanti, nama Raja Jepun bin Zul-Hasymi.. Peh, mesti gempak kan? kau rasa boleh tak? kalau kau macam aku, suka ambil gambar. Jom kita letak Jurugambar bin aku/kau. hahaha.

Aku baru je usha2 blog member-member aku. So ada la beberapa soalan yang di Tag.. nak jawab la.. Lagi pun aku lama tak blogging.. sekali sekala kan.

1.Pernah tak anda jalan sorang2,pastu terserempak dengan couple, si gadis 9kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang anda.
Selalu. Kadang-adang siap main mata lagi. seronok. nampak thrill..

2. Pernah tak orang ingat anda bukan yang sepatutnya. (cth; eh, ko ni dah kawin kan? Eh,ko ni kerja spital kan?Eh ko nie anak ular kan?) 
Ada. Masa tu aku kali pertama sampai Ipoh. Aku lupa bawak baju (masa tu pakai baju yg kena cat). aku pun duduk kat tepi jalan. ada la makcik tu kasi aku duit.. Blur je aku time tu.. adoai~

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
Aku pernah pusing ipoh 4 jam sebab lupa jalan nak balik rumah sewa..siot gila.

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
waiter. kebanyakan keja ni bukan sebab suka pun. tapi rasa macam hobi aku pula masa keja dulu

6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat,cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
Aku sepak budak junior masa kat sekolah dulu, tak pasai ja kena sangkut kes buli.. Sampai kena buang asrama lagi.. Gila, lepas tu aku tak pukul orang dah..

7.Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak,apa hobi anda?
Sejak dua menjak ni aku suka tengok gambar Nurul Fakirah ja. Dah jadi benda wajib aku menghadap tiap-tiap masa. dulu-dulu aku suka main bowling dengan tenis. Badan pun sihat kan.

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingati dan selalu membuatkan anda beringat2?
Aku takkan call mak aku kalau aku nak balik kampung. nanti dia akan pesan, bawak moto slow-slow.. karang kemalangaan.. Tapi bila aku bawak slow mesti aku kemalangan.. so bila dengar bawak slow-sloe aku akan bawak laju.. hahaha