nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Friday 11 May 2012

Gambar kawin Cantik Selamanya


Aku suka kan potrait.. sebab tu aku suka shot gambar model. (di sebab kan aku on9 kat cc.. so ta da gambar kawin.. yang ni je ada kat penddrrive aku ni) huhuhu

Wah, tajuk entry aku kali ni agak panjang.. Okey, orang kalau nak kawin mesti nak ada jurrugambar kawin. Kalau boleh nak yang terbaik.. Gambar tu kau boleh tengok sampai bila-bila.. Tak bosan sikit pun.

Jadi kau mesti la nak jurugambar yang berkebolehan, bukan hanya kau bayar adik beradik ataupun sedara mara kau yang ada DSLR dengan harga Rm400 sekali album.. Lepas tu, berapa tahun emudian kau tengok adik kau kawin. Peh album cantik-cantik. Gambar lawa-lawa. Kawin nie bukan macam kau sambut merdeka setahun sekali beb.

Kau kena tahu, jurugambar nie ada banyak. Bukan semua pandai ambil gambar kawin. Ada yang amik potrait atau fesyen,ada yang pandai landscape,ada yang pandai photojournal, ada yang pandai macro dan macam-macam.

Kadang-kadang kau tengok orang tu ada Camera yang harga beribu-ribu. Rajin travel.. Gambar dia cantik gila. Tapi belum tentu gambar perkahwinan yang dia ambil cantik. Kalau kat Malaysia nie kau akan jumpa orang yang ambil gambar kawin ni dari 2 ketagori. Mana yang kau suka? antara potrait ataupun journalist?

Potrait dan fesyen
Kalau kau tak suka gerak2 ketawa-ketawa.. Gambar mungkin pelik juga simple. Lebih kepada kecantikan. Kamu akan suka yang macam gini. Gambar dia selalu dekat-dekat. Lebih utamakan benda-benda detail macam baju yang kau pakai. Sesi outdoor memang seronok. Kau akan suka album perkahwinan tu kerana kau akan nampak cantik dan bergaya dalam album tu.

Journalist
Orang-orang begini lebih suka gambar moment. Gambar orang sedang menangis. Sedang ketawa. Sedang er.. macam-macam la.. Sedang menahan nafsu pun kira moment la. Jadi hasilnya cuba kau bayangkan. Gambar photographer ni lebih kepada candit. Kebanyakan fotografer kawin Malaysia style macam gini. Aku pun tak tahu apesal.

Aku lebih kepada Potrait dan fesyen dan kadang-kadang Journalist..

Apa yang pasti kedua-duanya mempunyai hasil yang cantik. Aku lebih kepada potret photography. Sebab bagi aku lebih seronok. Lebih-lebih lagi aku nak tengok muka aku. Bukan mukaorang lain. Sebab tu aku lebih ke arah potret.

Tapi kalau photographer tu memang ambil gambar kawin. Selalunya dia akan master kedua-dua gaya. Journal dan potret. Tapi macam aku, smua akan ada satu gaya kegemaran. Dan itu kau perlu lebih teliti untuk memilih..


No comments: