nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Saturday 24 September 2016

Umur tunggu Aku....

Bila kau dah makin berumur ada banyak benda yang kau kena fikir yang kau kena tinggalkan dan simpan. Bila aku cakap macam ni bukanlah maknanya aku ni dah tua, aku masih muda, remaja dan bergetah, tidak beruban dan tidak boroi.

Ok, mungkin aku patut cakap bila kau makin membesar.

Bila kau makin membesar banyak benda yang kau kena tinggalkan dan simpan. Dan kau kena jadi cukup dewasa untuk kau rasa tanggungjawab supaya kau sanggup tinggalkan. Mungkin kau kena fikir untuk tinggalkan tabiat belanja tak tentu arah, tabiat bangun lewat, tabiat tidak sembahyang, tabiat tidak mahu cari duit dan terbaring depan TV sepanjang hari, macam macam lagi tabiat yang kau rasa bila kau  rasa ada tanggungjawab yang kau kena jaga orang lain dari diri kau, kau kena tinggalkan.

Bukan maksudnya bila kau jadi dewasa dan bertanggungjawab kau perlu jadi seorang yang serius, matang, hisap curut, berbulu lebat, gemar bermain golf dan menonton perlawanan boling padang.

Benda yang kau perlu tinggalkan cuma benda yang kau rasa bila kau ada orang lain yang kau jaga, benda tu akan menyusahkan orang yang kau jaga dan benda yang kau kena simpan ialah supaya orang yang kau jaga tu rasa happy dan senang.

Kau ingat kau dah cukup ready untuk tinggalkan kau punya tabiat. Kau tau, kadang kadang kau ingat kau tau dan kau rasa ready yang sebenarnya tak. Kau rasa kau tahu, tapi macam biasa ayat yang paling gemar orang guna, tuhan lebih tahu.

Aku ingat pesan mak aku.. "Kalau kau ready untuk berkomitment, nak ada tanggung jawab, sanggup berkongsi kasih (bukan di madukan.. tapi nak kongsi kasih anak dengan isteri/suami.. ahahaha) . Waktu tu baru lah kau fikir untuk berkahwin. Kalau tak? Jangan nak berangan."

Friday 23 September 2016

Happy Birthday pulakkk

Mula mula aku patut cakap selamat hari lahir untuk diri aku sendiri.. ahahaha.... Walaupun sedikit terlambat. Tapi macam biasa setiap tarikh lahir orang akan cakap selamat thari lahir atau dalam bahasa inggerisnya happy birthday .. Maka aku pon cakap la happy birthday untuk diri aku...

Aku tak tahu sama ada kalau aku cakap happy bithday ni efek dia sama macam aku cakap merry christmas. Kira aku macam kristian jugak ke macam mana aku tak tahu la. Tapi tak kisah la. Benda tu kau boleh baca tempat lain. Aku bukan nak cakap pasal benda tu ni

Macam biasa kau akan ada azam. So aku pon nak ada azam jugak. Contohnya aku nak jadi Muslim yang baik, menjaga kesihatan, dan menjaga kewangan.

Bila aku fikir balik. Sebenarnya cukup dengan aku menjadi Muslim yang baik. Sebab bila aku menjadi Muslim yang baik, aku pastinya akan menjaga kesihatan dan bersederhana dalam berbelanja.

Bercakap berkenaan menjadi Muslim yang baik.

Dulu kau selalu takut kalau tak sembahyang masuk neraka, tinggal solat asar macam berzina dengan ibu sendiri la, setiap solat kau tinggalkan dosa dia sama macam benda benda yang keji yang kau rasa takut untuk tinggalkan.

Kau jugak dengar kalau kau mengumpat macam makan daging saudara sendiri, nanti dekat neraka kau punya lidah kena bakar la. Kalau tak pakai tudung nanti rambut kau kena bakar lepastu puting kau nanti kena kepit lah macam macam cerita yang menakutkan.

Tapi masalahnya tak ramai orang yang takut dan masih tak menjadi Muslim yang baik. Aku pon tak baik. Jujurnya. Aku bukan Muslim yang baik. Mungkin baik hati, tapi bukan Muslim yang baik.

Jadi,

Aku fikir,

Tak boleh ke kalau kau jangan fikir benda yang menakutkan. Cubalah,

Cubalah macam, sembahyang bukan sebab takut masuk neraka atau apa apa yang takut. Sebab takut tu tak lama. dah besar sikit tak takut lah.

Tapi sembahyang sebab kau sayangkan tuhan. Apesal kau kena sayangkan tuhan? sebab tuhan dah bagi kau macam macam. Tuhan bagi kau air, udara kasi kau bernafas, keluarga, orang yang kau sayang, hidup kau. Tuhan bagi kau macam macam sangat. Lepastu kau taknak sayang tuhan? Lepastu kau ada hati nak sayang orang lain pulak? Lepastu kau putus cinta dengan awek kau, kau frust. Kau dah buat macam macam kat awek kau, tapi dia tak nak kau jugak.

Tuhan bagi kau macam macam, kau tak sayang pon tuhan, tapi dia tetap bagi macam macam. Kau tak malu ke? Kira tuhan punya power, bagi kau, kau cakap terima kasih pon taknak?

Kalau bab mengumpat ke, kau boleh je fikir macam kalau kau mengumpat akan menyakitkan hati orang, buat orang benci kat kau.

kalau kau mencuri akan menyusahkan orang.

Kalau kau pakai seksi kemungkinan nanti orang berminat rogol kau.

Kalau kau minum arak nanti kau akan buat benda bodoh.

Kira banyak benda tak elok nak dibuat, sebab benda tu memang tak elok. Tapi macam kau dan aku, yang peliknya, tak boleh fikir apesal benda tu tak elok.

So, itu azam bau aku aku.

Saturday 20 June 2015

AWEX AUMMM AUMMMM


Sebenarnya aku nie sangat rasa kehairangan dan keajaiban.. Tentang perangai2....  wanita2 gadis2 anak2 kecil yg kita spesifikasikan sebagai perempuan..  Yang aku dapat detect buat masa sekarang nie ..

1. Menjerit hampir untuk setiap perkara. Jumpa kawan lama, benci, suka, gembira melampau, apa sahaja. Menjerit.

2. Tak kira nampak hantu, bangunan runtuh, gunung berapi, kereta accident, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah. Tutup telinga...

3. Tertarik kepada benda berkilat. Macam ikan...

4.  Rasa kawan yang dia ada sekarang ialah kawan sampai mati atau BFF.. Tapi yang selalunya tak. Kalau laki ada BFF mesti kita akan di anggap GAY..

5. Bila balas chat dgn Boyfriend singkat je.. dgn kawan diorang perhhh karangan..

Aku keluarkan tiori nie dari si Kopi ... Ganjil tp tu la.. Perempuan..

Thursday 23 April 2015

Mula Pula


Permulaan bagi blog yang kau biasa baca, kebanyakannya blog gadis bertudung, dan comel, atau lelaki yang kononnya hensem, menulis mengenai artis atau apa mereka buat sehari-harian,

aku da lama tak menulis, macam dah hilang rasa untuk menulis. Masa mula-mula semangat update blog hampir tiap-tiap hari. Kadang kadang terlebih siap sehari 2 entri terus. Sekarang ? rasanya ni post pertama aku tahun nie.. 


Banyak betul permulaan belakangan ni, kau tak sedar kadang kadang permulaan kau mula pada umur kau 23 tahun atau mungkin lewat gila babi. Permulaan yang bagi aku bila kau buat atau dapat atau menimpa benda baru, dan apa yang kau buat tu kau rasa untuk selama lamanya.

Baguslah kalau sedar bila permulaan kau. Kalau kau mula awal maka pastinya kau akan lebih hebat dengan apa yang kau sedang buat.

Jujurnya, bila orang dekat atau yang aku paling sayang pergi, aku selalu anggap pengakhiran untuk aku.

Aku rasa hidup aku dan tiada guna. Sebab bila kau rancang kehidupan kau untuk bersama dengan sesetengah orang dan tanpa kau sangka orang tu dan tiba tiba beliau tiada. Benda yang kau rancang bertahun-tahun lamanya sekarang punah ranah hancur berkecai.

Untuk anggap perkara itu sebagai permulaan pastinya sukar. Sangat sukar. Percaya cakap aku, aku tau. Jujurnya pasti aku akan merancang tanpa melibatkan orang lain. Tapi sukar juga kerana jika rancang tanpa melibatkan orang lain pastinya kau akan jadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Beberapa perkara yang aku belajar ialah, jangan rancang, spontan, ikut flow tapi bukan membabi buta, dan fikir sebelum buat keputusan dan jangan menyesal dengan segala keputusan. Jangan.

Beberapa benda yang kau tak boleh nak lawan bila itu ketentuan.

Mati dan JODOH.

Tuesday 30 September 2014

Miskin Kah Kita

The hunger of the poor cannot be shared by clicking the share button
Fasting like one might

Perancangan 2014 hampir habis.. Studio gambar bersama Sibling Batch Corporation dah berjalan dengan jayanya.. Alhamdulillah.. So aku dah seorang rakan akan menjalankan satu lagi planning untuk membuka sebuah gerai makan bertemakan makan santai.. dengan Slogan MEMANG MUSIBAT.. ahahaha

Terlanjur aku posting post terbaru nih, aku nak bincangkan bagai mana kita rakyat yang kononnya bersatu padu nih nak bantu golongan yang susah.. Bak kata orang kedah .. Sembang kosong baik tak payah.. Tak gitu..

Macam kita tengok apa yang terjadi di sekitar.. Korang boleh vote sesuatu rancangan realiti TV dengan mengantar sms sebanyak RM0.50 untuk mengundi peserta kegemaran orang.. Apa kata bijak pandai kita cuba buat benda yang sama melalui proses yang sama.. cyber phone sekarang kita guna untuk donation.. tak salah dan insyallah akan mengurangkan kapasiti penduduk miskin di dalam negara.. 

Kau nak tengok rakan kau susah? Ataupun Kau nak kawan kau tengok kau susah.. sama.. saling tolong menolong akan memudahkan kita.. 

FIKIR-FIKIRKANLah

Tuesday 24 September 2013

Kahwin Agama

bila aku bengang aku suka duduk celah org ramai.. aku akan rasa aku di sisihkan sorang2.. ahahaha.. bodo btoi

Pelik kan tajuk aku kali nie? bukan sebab mereng lama tak update.. tapi sebab ada krisis dengan awex aku.. Ops lupa.. awex lama aku dah putus. sekarang aku kawan dengan non muslim.. Seorang penyanyi dari thailand.. Dah siap ajak kawin bagai.. Tapi bila aku suruh dia tukar agama.. Pelbagai alasan dia kasi.. Perh... Soalan paling gampang aku pernah dengar tadi..

"WE marry but still maintain our religion"

errrrr... wat the tuttttt.. hoi... apa nie~  ingat macam kacuk binatang ka.. main kasi diorang rogol tak kira jenis apa pun.. tetiba ja keluar anak kasi gabung nama.. islam + budda = sida? cop3.. tak mungkin la.. islam dari jiwa.. Hal agama dowh.. aku pun tak faham ada juga banyak kes yang aku dengar.. murtad sebab nak kawin..

Mungkin jalan terbaik tinggalkan je la kan..

Sejahil-jahil aku.. tak de la sampai nak murtad bagai.. Gila kau tak bau syurga doh.. Banyak2 la taubat.. buakn tau buat okey.. Dunia akhir zaman katakan.. (ari-ari aku dengar perkataan nie).. Lagi satu, isu nak kasi kawin berlainan agama.. PErh bulih terkeluar janjong aku ikut jubo.. =.=" gila tak betol la sapa yang nak kasi buat bendalah tu.. otak ada tapi.. mungkin urat saraf dia seua dah tercabut..

SAPA RAJIN P PLUG IN BALIK~

Saturday 11 May 2013

Rupa dan duit


asyik letak gambar orang lain je.. nak letak jugak gambar sendiri kan.. ahahaha.. belagak jap jadi orang kaya untuk tittle kali nie..

Baru tadi aku usha satu video dalam youtube.. minah sengal,tak lawa, and yang pasti bukan pilihan aku la.. hahaha.. merungut pasal zaman sekarang lelaki takda duit perempuan tak pandang.. Cinta? cinta boleh kasi kau kenyang ke? Okey here the deal.. Okey3.. aku seorang lelaki yang jenis no money no talk.. tapi dalam bisnes je bukan dalam soal perasaan.. Rupa? aku tak hensem.. mungkin kacak tu ada la jugak.. bhahahaa..

Tak hensem janji ada duit,

Mungkin di kalangan reader blog aku dalam kategori yang aku nak kondem.. sebelum korang naik angin baik tutup browser korang.. hahaha.. bukan apa karang terasa sakit jantung susah pulak kan..

Perempuan yang nak lelaki yang kaya, okey, aku tau sapa tak nak hidup senang masa depan cerahkan.. Tapi, kau nak lelaki yang kaya.. Bagi aku, walaupun aku tak de la kaya kan.. Aku still nak yang at less sepadan dengan diri aku.. Kau memilih, boleh.. tapi kalau kau nak lelaki yang kaya, pasti kan kau tu at less lawa/cantik.. cermin diri sebelum memilih..

Errr... kalau aku kaya, buat apa aku cari bini or awex yang tak lawa.. padahal ramai yang berator tunggu giliran kan. Kenapa nak kutip sesuatu yang tiada apa2.. Aku pernah dapat awex macam gini masa aku kerja dispatcher dulu.. Dia tinggalkan aku untuk seorang mamat kerja Supervisor.. Selepas aku buka studio aku, setelah lama dia tak contact aku.. tetiba ja muncul balik.. okey.. aku nampak niat dia..

Aku lebih selesa naik moto wave aku, di gelar mat rempit jalanan.. dari aku dapat bakal isteri yang jenis gila duit.. bisnes apa pun kau, kaya mana pun kau.. mesti kau akan rasa kejatuhan dan masa di mana kau sesak dengan hal kewangan.. Kelau dia tinggalkan kau masa tu.. apa kau nak buat? so fikir2 kan lah

Thursday 18 April 2013

Cpter 1 : Segala bermula



Disebabkan merasankan dirinya tidak di rahmati, Mie mengikut sepupunya Niko ke Jepun.. Dia ingin mempelajari ilmu tempur di sana.. Niko bercadang untuk pertemukan Mie dan gurunya Takie.. Di Jepun Mie menggunakan nama samaran sebagai Seishirou..

Namun hasratnya di tolak bermati-matian oleh Takie..

Niko di arahkan oleh Takie untuk masuk ke rumah, namuh di tinggalnya Seishirou.. Seishirou nekad tidak akan tinggalkan halaman rumah Takie walau apa pun berlaku.. Beberapa kali Seishirou menjerit meminta belas kasihan, namun sedikit pun tidak di hiraukan oleh Takie.. Niko memerhatikan Seishirou di balik jendela merah biliknya.. 

Takie tidak mahu menerimanya hanya kerana dia tidak tunduk hormat ketika mereka bertemu.. Pada golongan samurai seperti Takie.. Mereka memandang kesalahan kecil itu sebagai kesalahan besar.. 

Suasana yang sejuk ditambahkan dengan angin laut membuatkan badan Seishirou menggigil.. Sudah hampir 12 jam dia melutut di hadapan rumah Takie.. Di tambahkan lagi dengan perutnya yang lapar membuatkan badannya bertambah lemah.. 

Matahari yang menghilangkan dirinya bergantikan bulan kina muncul kembali... Seishirou masih tidak di jemput masuk.. Disebabkan tidak mahu terlepas peluangnya menjadi samurai dia tetap bertahan.. Seishirou yang hanya berpakaian singlet biru adidas membuatkannya semakin tidak dapat menahan kesejukan.. Mukanya sudah pucat lesi..

Disebabkan tidak dapat menahan keletihan dan cuaca yang sejuk.. Seishirou rebah.. setelah melafaskan ayat terakhirnya "Takai-san. Mousin wake-gozaimas (Tuan Takai. Maafkan aku ", dia pengsan pengsan di situ.. yang di dengarinya hanyalah suara Niko yang menjerit namanya berulang-ulang kali...