nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Monday 14 May 2012

Jadi Terkenal

Phena LAviondra. nama yang unik.. Dengan nama unik macam gini 
sekali orang ingat, terus ingat. (shot petang tadi.. gagaga)

Betol tak kalau aku buat statement yang smua orang yang baca nie ada akaun facebook? Kau dan aku sama-sama bersosial di alam maya ni.. Boleh juga aku kata kita lebih cenderung bersosial di alam maya berbanding di luar.

Mudah je kan. Dengan hanya 1 klik macam-macam kau boleh dapat. Kau nak popular? Kau nak meniaga? Nak ramai kawan? Semuanya ada dalam ni.

Kalau kau orang bisnes, kau nak terkenal dan nak orang tahu pasal kau. Kau boleh je add orang yang hebat-hebat. Nak lagi hebat kau buat satu fanpage kau sendiri. Dengan facebook ni mungkin kau akan dapat ramai subscribers. mungkin mencapai 1 ribu keatas (aku 50 orang je)

Kau nak lagi terkenal kau buat akaun Twitter. Kau follow la seramai mana yang boleh.. Tekan follow tu sampai lebam jari kau. hahaha. Mungkin orang yang kau follow tu akan follow kau semula. Betol tak? So, update la selalu.

Kalau kau jenis suka berfesyen.. Kononnya kau nie hip la kan?kau buat akaun lookbook.. Upload la gambar kau yang tanpa kepala. Nak tunjuk kau nie ada macam-macam baju. Ataupun, kononnya nak tunjuk apa kau pakai..

Aku ada semua bendalah nie kecuali Lookbook tu.

Kau kena faham, aku ni orang bisnes. Mesti la benda ni semua penting untuk perniagaan aku.

Ohya, untuk post-post aku yang ni dan akan datang.. aku akan kasi korang beberapa tips mungkin tentang photography,editing ataupun Modeling. post macam gini akan aku letak lepas aku berleter.. hahaha..

TIPS Photography
Kau pernah guna RAW file? Aku seorang yang suka shot RAW. Kenapa? Kau perlu tahu yang RAW format file nie mempunya detail yang banyak berbanding JPEG.. Jika gambar kau ada masalah, dengan format RAW nie kau boleh selamatkan gambar tu. Tapi kau perlu tahu, Format RAW nie berat.

No comments: