Semestinya kerja aku akan lebih banyak lepas ni. Tambahan pula sekarang aku berkerja dan juga belajar. Perlu bahagikan masa untuk dua benda yang perlu aku anggap FULL TIME. Semestinya masa aku dan Izzaty akan lebih terhad. Tapi aku yakin sebagai kawan dia akan memahami aku. Walaupun pendapat kitorang selalu bercanggah mungkin sebab ideologi kitorang tak sama,aku tetap sukakawan dengan dia. Aku suka bila dia bangkang apa yang aku buat. Mungkin bila begitu, aku dan dia sentiasa ada topik perbualan yang kitorang debatkan.
Cuma aku rasa aku perlu banyak membaca dan mempunyai fakta yang baik bila bercakap dengan Izzaty. Setiap kata-kata Izzaty pasti mempunyai isi yang bernas dan boleh diambil pakai .Tapi aku selalu terdiam kerana aku tak pandai sangat bab fakta memakta ni. Yang aku suka bila aku berdepat sampai dia menangis. dan tika itu la aku akan memujuk dia. izzaty hadir pada mulanya sebagai rakan, bila aku putus dengan kekasih lama aku, dia la yang banyak nasihat kan aku. Walaupun dulu aku yang putuskan hubungan kitorang sebab aku rasa teerlalu merendah diri.. "Caya la sama Lu Izzaty"
Korang kalau nak kapel, jangan biarkan hubungan korang membosankan. Biar bergaduh asalkan ada benda yang boleh jadikan kenangan pada korang.. Benda yang bosan mudah kau lupakan.. serius aku cakap.
No comments:
Post a Comment