nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Wednesday, 11 July 2012

First Time Kot?

Aku ada terpikir, macam mana kalau aku kasi nama kat anak aku nanti, nama Raja Jepun bin Zul-Hasymi.. Peh, mesti gempak kan? kau rasa boleh tak? kalau kau macam aku, suka ambil gambar. Jom kita letak Jurugambar bin aku/kau. hahaha.

Aku baru je usha2 blog member-member aku. So ada la beberapa soalan yang di Tag.. nak jawab la.. Lagi pun aku lama tak blogging.. sekali sekala kan.

1.Pernah tak anda jalan sorang2,pastu terserempak dengan couple, si gadis 9kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang anda.
Selalu. Kadang-adang siap main mata lagi. seronok. nampak thrill..

2. Pernah tak orang ingat anda bukan yang sepatutnya. (cth; eh, ko ni dah kawin kan? Eh,ko ni kerja spital kan?Eh ko nie anak ular kan?) 
Ada. Masa tu aku kali pertama sampai Ipoh. Aku lupa bawak baju (masa tu pakai baju yg kena cat). aku pun duduk kat tepi jalan. ada la makcik tu kasi aku duit.. Blur je aku time tu.. adoai~

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
Aku pernah pusing ipoh 4 jam sebab lupa jalan nak balik rumah sewa..siot gila.

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
waiter. kebanyakan keja ni bukan sebab suka pun. tapi rasa macam hobi aku pula masa keja dulu

6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat,cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
Aku sepak budak junior masa kat sekolah dulu, tak pasai ja kena sangkut kes buli.. Sampai kena buang asrama lagi.. Gila, lepas tu aku tak pukul orang dah..

7.Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak,apa hobi anda?
Sejak dua menjak ni aku suka tengok gambar Nurul Fakirah ja. Dah jadi benda wajib aku menghadap tiap-tiap masa. dulu-dulu aku suka main bowling dengan tenis. Badan pun sihat kan.

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingati dan selalu membuatkan anda beringat2?
Aku takkan call mak aku kalau aku nak balik kampung. nanti dia akan pesan, bawak moto slow-slow.. karang kemalangaan.. Tapi bila aku bawak slow mesti aku kemalangan.. so bila dengar bawak slow-sloe aku akan bawak laju.. hahaha

1 comment:

Deanna Alina said...

Numb 2 dgn 8 tu lawak XD