nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Sunday 3 February 2013

Laki dan Masaalah

Banyak penyelesaian walaupun masalah yang sama..
 amat berbeza caranya antara perempuan dan lelaki...


Kaum wanita pasti akan rasa pening kalau teman lelaki korang diamkan diri bila hadapi masaalah.. Kaum wanita mungkin berfikir bahawa lelaki lebih suka mendiamkan diri ketika ada masalah.. Aku nak sangkal pendapat nie.. Kenapa? sebenarnya lelaki nie perlukan seseorang di samping dia di saat dia dalam kesusahan.. Walaupun sekadar menemani dia..

Mana aku tau? AKU LELAKI KOT!!!!!!!

Laki da perempuan nie beza cara nak selesaikan masalah.. Laki lebih suka diam dan biarkan keadaan tenang dulu.. Kalau la teman lelaki kau diam je.. Aku rasa aku boleh cuba nasihat yang aku nak kasi nie.. Mana tau berguna ke kan..

Mula-mula biar je dulu.. Mungkin dia dah fikir macam mana nak menyelesaikan masalah tu.. Sebab lelaki lebih suka menyelesaikan masalah dengan sendiri..

Kedua.. Kalau berlanjutan, cuba kau bertanyakan masalah dia.. mana tau terbuka pintu hati dia nak cerita kat kau ke.. Tapi bila dah tanya pastikan kau dah sedia nak dengar dan nak beri nasihat kat dia.. Kasi pendapat yang mungkin boleh dia cuba..

Ke tiga.. Kaum lelaki , mereka lebih gemar mendiamkan diri dan berfikir.. Kaum perempuan sesetengahnya ,Ada masalah kecil mula hebohkan dan berniat nak share masalah dengan orang sekeliling. Itu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Cuba fahami mereka..

Ke empat.. Jangan anggap laki sengaja mendiamkan diri dan menganggap dia rasa kau tak bererti dalam hidup dia. Kami memang ada cara tersendiri menyelesaikan masalah. Diam mereka bererti mereka sedang berfikir..


Dan yang terahir.. Jadilah insan yang memahami dan cuba jadi pendengar setia apabila diminta untuk mendengar. Tiap orang tak sama cara menghadapi masalah yang mendatang. Tetapi tiap orang mampu hadapi masalah yang datang jika mereka menggunakan akal dalam melakukan tindakan.

No comments: