nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Thursday 23 April 2015

Mula Pula


Permulaan bagi blog yang kau biasa baca, kebanyakannya blog gadis bertudung, dan comel, atau lelaki yang kononnya hensem, menulis mengenai artis atau apa mereka buat sehari-harian,

aku da lama tak menulis, macam dah hilang rasa untuk menulis. Masa mula-mula semangat update blog hampir tiap-tiap hari. Kadang kadang terlebih siap sehari 2 entri terus. Sekarang ? rasanya ni post pertama aku tahun nie.. 


Banyak betul permulaan belakangan ni, kau tak sedar kadang kadang permulaan kau mula pada umur kau 23 tahun atau mungkin lewat gila babi. Permulaan yang bagi aku bila kau buat atau dapat atau menimpa benda baru, dan apa yang kau buat tu kau rasa untuk selama lamanya.

Baguslah kalau sedar bila permulaan kau. Kalau kau mula awal maka pastinya kau akan lebih hebat dengan apa yang kau sedang buat.

Jujurnya, bila orang dekat atau yang aku paling sayang pergi, aku selalu anggap pengakhiran untuk aku.

Aku rasa hidup aku dan tiada guna. Sebab bila kau rancang kehidupan kau untuk bersama dengan sesetengah orang dan tanpa kau sangka orang tu dan tiba tiba beliau tiada. Benda yang kau rancang bertahun-tahun lamanya sekarang punah ranah hancur berkecai.

Untuk anggap perkara itu sebagai permulaan pastinya sukar. Sangat sukar. Percaya cakap aku, aku tau. Jujurnya pasti aku akan merancang tanpa melibatkan orang lain. Tapi sukar juga kerana jika rancang tanpa melibatkan orang lain pastinya kau akan jadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Beberapa perkara yang aku belajar ialah, jangan rancang, spontan, ikut flow tapi bukan membabi buta, dan fikir sebelum buat keputusan dan jangan menyesal dengan segala keputusan. Jangan.

Beberapa benda yang kau tak boleh nak lawan bila itu ketentuan.

Mati dan JODOH.

No comments: