nota bergerak

jika inginkan pendapat.. ataupun nak aku jadi jurufoto korang.. email ke akunescafekausiapa@gmail.com.. sebarang pertanya.. boleh terus email aku

Sunday 13 January 2013

Gatai sangat nie




Ada dua perkara yang di sorokkan oleh kita oleh tuhan.. Perkataan yang sering kita gunakan iaitu "Jodoh pertemuan di tangan tuhan" dan "Ajal maut di tangan tuhan".. Kau tak pernah sebut.. "Lapar dahaga di tangan tuhan" betul tak? Mungkin cerita pasal ajal maut akan buatkan kau sedikit ketakutan.. Bila di sebut tentang jodoh! dah macam ulat gonggok aku tengok kan..

Tapi bersediakah kau?


Aku tak nak bincang pasal ajal maut.. Mungkin di post yang akan datang.. Aku nak bincang yang paling kau suka.. Tentang jodoh.. Selalunya bila aku tanya kawan-kawan aku tentang jodoh.. macam mana calon yang akan di pilih.. semuanya berikan jawapan pelbagai.. yang pasti wajah ceria akan aku tengok wujud bak kata org muka bercahaya.. hahaha..


Nasihat aku, sebelum nak kawin tu.. kau kena ada persiapan.. APA???


PErsiapkan diri sendiri.. Tak kira lah dari luar ataupun dalam..takut nanti bila sudah kahwin kau menyesal.. Tak cukup enjoy la sebelum tu.. Banyak dah alasan nie yang aku dengar dari rungutan kawan-kawan aku.. (hampa baca.. hampa paham-pahan sendiri la).. Kecantikan luaran mungkin kurang dititik beratkan..Kecantikan hati, keindahan budi, senang di kesan.. tambah-tambah kalau kau jenis gila penting diri, tak kisah pun org lain terasa. Kau kena buang sikap tu takut suami atau isteri kau akan meluat..


Keluarga.. Kau dah bersedia ke nak pegang tanggung jawab yang gila besar.. KEpada lelaki kena cari nafkah.. Seorang suami yang baik dapat membahagiakan isterinya.. memenuhi kehendak isterinya.. menyayangi isterinya.. mempertahankan maruah dan diri isterinya.. serta mendidik isterinya.. dan menjadi imam untuk isterinya.. Seorang isteri yang baik akan sentiasa teman suaminya..sentiasa jaga suaminya.. sentiasa manjakan suaminya..sentiasa menyempurnakan suaminya.. Sentiasa ada rasa cemburu.. Yang penting.. kedua-duanya perlulah menerima baik dan buruk kekasihnya..


Aku bukanlah pengatur takdir, lagikan pula penentunya.. Aku tulis nie nak nasihat.. walaupun aku tak kawin lagi, tapi aku ada seribu satu tekad, agar kau tak lari dari teduhan sebuah pengharapan..


Percaya lah, penantian bukan sia-sia..


Gelap pun ada cahaya.. 


Yang single sabar nanti ada la tu..


Yang dah berkapel tu jangan terlalu berharap..


Yang dah berkahwin.. be the best okey...

No comments: